Monday, December 12, 2016

Mick Jagger Sambut Anak Ke-8 Pada Usia 73 Tahun




Mick dan Melanie menyambut kelahiran anak lelaki mereka pada Khamis lalu di New York.
VOKALIS kumpulan The Rolling Stones, Mick Jagger yang usianya mencecah 73 tahun menyambut kelahiran anak kelapannya pada 8 Disember lalu.
Daily Mail melaporkan bayi lelaki itu adalah hasil hubungan penyanyi terkenal itu dengan teman wanitanya yang juga seorang penari balet, Melanie Hamrick, 29 tahun.

"Bayi Melanie dan Mick dilahirkan di sebuah hospital di New York pada Khamis lalu dan bayi dalam keadaan sihat.

"Mick berada disamping Melanie ketika proses bersalin dan berharap peminat mendoakan kesejahteraan ibu dan anak," kata wakil penyanyi itu.

Mick dan Melanie mula menjalinkan hubungan cinta dua tahun lalu namun pasangan itu sangat privasi tentang percintaan mereka.

Bagaimanapun, jurucakap penyanyi itu mengumumkan kehamilan Melanie pada Julai lalu.

Mick mempunyai tujuh lagi anak iaitu empat perempuan dan tiga anak lelaki yang berusia di antara 18 hingga 47 tahun hasil hubungannya dengan empat wanita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: