Monday, December 12, 2016

Kesha Dedah Pernah Alami Masalah Anoreksia



Kesha mendedahkan pernah mengalami masalah aneroksia ketika berucap pada majlis Billboard Women in Music bau-baru ini.
PENYANYI Kesha membuat kejutan apabila mengakui pernah bergelut dengan masalah pemakanan semasa memberi ucapan pada majlis anugerah Billboard Women in Music baru-baru ini.
Daily Mail melaporkan Kesha dia memberanikan diri untuk bercakap mengenai perkara itu secara terbuka kerana merasakan perlu bercakap benar selain berharap ia dapat membantu golongan yang mempunyai masalah sepertinya.

Kesha turut menerima trofi Traiblazer pada acara itu.

"Saya bertuah kerana mempunyai platform untuk bersuara dan saya ingin menggunakannya demi bercakap benar dan membantu orang lain.

"Keterbukaan saya bercakap mengenai masalah anoreksia kerana saya bukan keseorangan dan masalah ini seperti satu perkara biasa dalam masyarakat pada hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Kesha mengakui ketika bergelut dengan masalah pemakanan dia berasa gembira apabila bentuk tubuhnya semakin kurus tanpa menyedari ia adalah satu masalah.

Bagaimanapun dia mula sedar tentang masalah dihadapinya dan mula berubah dan mendapatkan rawatan.

"Jika anda lihat saya sekarang, saya meraikan ketidaksempurnaan bentuk tubuh saya kerana ia bukan satu-satunya perkara paling penting dalam hidup.

"Saya mahu meraikan kehidupan dan melakukan perkara yang saya sukai terutamanya muzik," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: