Saturday, December 10, 2016

Harith Iskander muncul juara lawak dunia



Rezeki nampaknya berpihak kepada pelakon dan pengacara Harith Iskander apabila meraih undi paling tinggi sekaligus melayakkanya diiktiraf sebagai manusia paling kelakar di dunia.
Menerusi semakan di akaun rasmi Facebook Laugh Factory, nama Harith diumumkan sebagai 2016 Funniest Person in the World.
Ketika ini Harith dalam perjalanan menaiki bas bersama empat lagi pelawak dan beberapa krew bagi mendengarkan keputusan rasmi pemenang.
“Saya berada di dalam bas bersama pelawak dan krew yang sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan keputusan Funniest Person in the World,” tulisnya di media sosial.
Jumlah undian boleh disemak menerusi portal rasmi penganjur Laugh Factory apabila sistem itu ditutup pada 3 petang tadi.

Sebagai juara Harith membawa pulang AS$100,000 (RM416,000) selain berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat secara berbayar.
Pesaing hebat Harith dari Filipina Allex Calleja hanya boleh berpuas hati di tangga kedua dan membawa pulang RM41,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada pelawak dari Greece Katerina Vrana dengan wang bernilai RM20,000.
Untuk berjaya di pusingan akhir, Harith perlu beraksi di depan juri di Arena Hullu Polo di Levi, Finland pada 8 Disember lalu dan ia kemudian disiarkan di portal rasmi penganjur untuk meraih undi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: