IPOH - Dua lelaki yang diviralkan mencuri sekitar Pasir Pinji dan Simpang Pulai akhirnya berjaya ditahan polis, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dua beradik berkenaan ditahan di Kampung Pasir Puteh selepas gerakan mengesan suspek dilancarkan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berusia 29 dan 28 tahun itu dipercayai terlibat dalam 20 kes kecurian antaranya bateri, kasut besi dan lain-lain lagi.
"Gerakan dilancarkan selepas rakaman kedua-dua suspek diviralkan di laman sosial. Mereka menaiki motosikal milik ayah mereka meronda kawasan perumahan bagi mencari peluang melakukan jenayah itu.
"Mereka didapati aktif sejak beberapa bulan lalu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.