Thursday, December 8, 2016

AJL31 Angkat Tema 'Cerita Dalam Lagu' Penghormatan Penulis Lirik



Barisan artis dan mereka yang akan bersaing dalam Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31) yang akan berlangsung pada 22 Januari 2017.
PETALING JAYA: Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang bakal berlangsung pada 22 Januari depan mengetengahkan tema ‘Cerita Dalam Lagu’ bagi memberi penghormatan kepada penulis lirik.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, konsep persembahan artis akan berkisar tentang penceritaan maksud lirik yang akan disampaikan dengan perasaan yang lebih mendalam.

"Jika AJL29 dua tahun lalu kita memberi penghormatan kepada penggubah lagu dengan mengangkat tema 'Gema Dalam Lagu', kali ini kita cuba raikan penulis lirik pula kerana percaya sesebuah lagu tidak akan dicipta tanpa sebab.

"Lebih menarik, AJL31 kali ini akan tampil dengan konsep pentas dua tingkat yang pasti memberi lebih ruang untuk para artis menyerlahkan kreativiti mereka dalam penyampaian lagu,” katanya.

Dari kiri Fara Fauzana, Sarimah dan Awal yang akan menjadi hos AJL31. Seorang lagi ialah Fizi (Hot FM).
Sherina ditemui pada sidang media dan cabutan nombor giliran persembahan artis bagi acara itu di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara di sini pada Rabu.

Turut diumumkan ialah hos pertandingan berkenaan iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM).

AJL31 akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam dan akan disiarkan di TV3.

Ia akan diringi pemuzik orkestra yang diketuai oleh Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik.

Selain itu, bermula 15 Disember ini sehingga 15 Januari 2017 satu peraduan karaoke #ajllaguku buat netizen akan diperkenalkan di mana mereka hanya perlu merakamkan video berdurasi 60 saat ke laman sosial instagram beserta hashtag #ajllaguku.

Berikut ini 12 giliran artis yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak AJL31

1) Akim & The Majistret (Obses)
2) Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
3) Black (Anugerah Terindah)
4) Elizabeth Tan & Awi Rafael (Setia)
5) Syamsul Yusof & Mawi (Kalah Dalam Menang)
6) Khalifah (Hang Pi Mana)
7) Sufian Suhaimi (Terakhir)
8) Hazama (Diamaran Mama)
9) Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
10) Misha Omar & Hafiz (Terimaku Seadanya)
11) Projektor Band (Sudahku Tahu)
12) Shula Amzah (Selamanya Cinta)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: