WYOMING - AMERIKA SYARIKAT. Pasukan ranger melancarkan operasi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri maut terjatuh ke dalam kolam air panas di Taman Negara Yellowstone.
Pegawai berkata, ranger mengklafikasi insiden ini sebagai kematian kerana mangsa tidak berjaya ditemui beberapa jam selepas dilaporkan hilang.
Saksi melaporkan dia melihat lelaki yang berusia awal 20an meninggalkan pelantar laluan di Norris Geyser Basin dan terjatuh ke dalam kolam air panas.
Memetik Bozemandailychronicle, kejadian itu sedang disiasat dan pihak taman negara berkata, maklumat lanjut berkaitan insiden akan dikeluarkan pada Rabu.
Sementara itu, berdasarkan maklumat di laman web Taman Negara Yellowstone, kolam air panas Norris Geyser Basing adalah kolam yang paling panas, tertua dan kawasan haba paling dinamik di Yellowstone.
Suhu tertinggi yang pernah dicatakan ialah 232 darjah celsius dan dilaporkan terdapat lubang berkedalaman 1,086 kaki di bawah permukaan.
Minggu lalu, seorang budak lelaki berusia 13 tahun itu dikejarkan ke sebuah hospital di Jackson selepas terjatuh ke dalam kolam air panas di Upper Geyser Basin.