Wednesday, June 8, 2016

Jack Black Dikatakan Mati Gara-Gara Twitter Digodam




BERITA kematian penyanyi dan pelakon popular, Jack Black yang tersebar menerusi media sosial baru-baru ini telah disahkan palsu.

Menerusi satu kenyataan yang dibuat, dia menafikan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa akaun Twitter miliknya telah pun digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Akaun Twitter saya telah digodam, berita sebenar yang boleh dimaklumkan ialah saya masih hidup dan sihat.

Jack yang popular menerusi filem School of Rock turut melahirkan rasa sedih dan menggangap pengodam tersebut mempunyai masalah mental.

Menurut laporan BBC, berita kematian tersebut merupakan berita palsu untuk kali ketiga yang mengaitkan namanya sepanjang berada di dalam industri.

Kali pertama pada tahun 2012, dia dikatakan telah jatuh dari gunung di New Zealand dan juga telah pun mati pada 2014 akibat strok.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: