Sunday, December 7, 2014

EXO catat jualan album tertinggi di Jepun


KUMPULAN EXO


BAND yang berasal dari Korea Selatan, EXO mencatat pencapaian luar biasa dalam carta perjualan album K-Pop di Jepun apabila jutaan unit albumnya telah terjual dan mendahului jualan tahun ini.
Album Overdose yang dilancarkan pada Mei lalu itu merupakan yang paling laris jualannya di Jepun dan jumlah itu terus meningkat hingga bulan lalu.
Sementara itu, anggota kumpulan 2PM, Junho berada di tempat kedua menerusi album solonya berjudul Feel, sementara tempat ketiga pula milik album Girl’s Generation, The Best.
Secara keseluruhan, syarikat jualan album, Tower Records memaklumkan, pihaknya telah mendaftarkan 20 album terlaris K-pop. Selain tiga kumpulan yang mencatatkan jualan album tertinggi terdapat juga kumpulan Korea Selatan yang mengungguli carta tersebut. Antaranya ialah SHINee, Super Junior, VIXX, dan CN Blue.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: