Saturday, October 12, 2013

Toyota perkenal kereta pemanduan automatik


GAMBAR yang dirakam pada 10 Oktober lalu menunjukkan seorang pekerja syarikat Toyota tidak memegang stereng yang bergerak sendiri semasa melakukan demonstrasi sistem pemanduan automatik di Tokyo.


TOKYO - Syarikat pengeluar kenderaan Toyota memperkenal kereta generasi baharu yang dilengkapi sistem pengemudian automatik.
Teknologi tersebut membolehkan kenderaan Toyota melencong untuk mengelak rempuhan dan kekal di tengah jalan raya tanpa pemandu mengawal stereng.
Dalam satu kenyataannya, Toyota memberitahu, teknologi pemanduan sendiri itu dijangka memasuki pasaran dalam tempoh beberapa tahun lagi.
"Teknologi pemanduan sokongan tambahan ini dapat menghalang kesilapan manusia, mengurangkan tekanan semasa memandu dan membantu pemandu mengelak kemalangan sekali gus berpotensi mengurangkan kematian dalam nahas jalan raya," kata Pengarah Urusan Toyota, Moritaka Yoshida semalam.
Selain Toyota, beberapa pengeluar kereta utama termasuk Nissan dan gergasi internet, Google giat membangunkan teknologi ini sejak beberapa tahun lalu.
"Pemandu masih perlu berwaspada dan terlibat dalam proses pemanduan tetapi teknologi pengemudian automatik membolehkan sebahagian besar pemanduan dilakukan menerusi sistem komputer," kata Toyota dalam kenyataannya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: