Friday, June 14, 2013

Raikan bapa dengan hidangan istimewa

CHEF Eksekutif, Jaffery Othman (kiri) bersama Chef Sos, Vishan Letchemana menunjukkan sebahagian hidangan bagi meraikan sambutan Hari Bapa di Hotel Best Western.


MASIH mencari-cari lokasi menarik untuk meraikan bapa tercinta sempena Hari Bapa tahun ini? Apa kata anda membawa insan teristimewa itu dan ahli keluarga lain ke Restoran Kembali Kitchen di Hotel Best Western yang terletak di Dua Sentral, Kuala Lumpur.
Hotel tersebut menawarkan hidangan minum petang yang lazat. Suasana santai dengan hiasan dalaman mewah di Kembali Kitchen pasti membuatkan bapa anda berasa gembira.
Tawaran istimewa pada hari Ahad ini yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang menyediakan pilihan hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa.
Antara hidangan tersebut termasuk pelbagai jenis pilihan salad segar, kambing panggang dengan sos cendawan, rendang tok, ayam lemon, ketam cili Singapura dan stik ikan salmon selain pemanis mulut.
Pengurus Komunikasi Korporatnya, M. Pugeneswary memberitahu, setiap bapa akan diberikan hadiah menarik sebagai cenderamata sebaik sahaja melangkah masuk ke Kembali Kitchen.
“Ia merupakan peluang terbaik buat anak-anak memanjakan bapa masing-masing sebagai salah satu cara menghargai jasa dan pengorbanan mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan menu istimewa Hari Bapa di hotel tersebut baru-baru ini.
Kembali Kitchen beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 6 pagi hingga 10.30 malam merangkumi sarapan, tengah hari dan makan malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: