Thursday, April 18, 2013

Wartawan ceroboh majlis Grammy bakal dipenjarakan


GAMBAR fail menunjukkan Sediuk (kiri) berjalan di atas pentas ketika Lopez (dua dari kiri) dan penyanyi rap, Pitbull (kanan) menyampaikan anugerah kepada Adele pada Anugerah Grammy pada 10 Februari lalu.


LOS ANGELES - Seorang wartawan Ukraine, Vitalii Sediuk mungkin dipenjarakan sehingga enam bulan selepas dia didakwa menceroboh Anugerah Grammy pada 10 Februari lalu, kata beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Dalam kejadian itu, Sediuk berjaya melepasi kawalan keselamatan sebelum dia duduk di kerusi untuk tetamu undangan di depan pentas.
Dia kemudian berjalan di atas pentas ketika penyanyi terkenal, Adele menerima anugerah.
Bagaimanapun, penyanyi Jennifer Lopez yang menyedari kehadiran Sediuk bertindak mengiringinya keluar dari pentas bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Sediuk yang berumur 24 tahun sebelum ini pernah mencium aktor Will Smith di atas karpet merah pada satu majlis di Moscow pada tahun lalu.
Dia kemudian ditampar oleh Smith dalam kejadian itu.
Kelmarin, Pejabat Pendakwa Raya Los Angeles mendakwa wartawan televisyen itu kerana memasuki kawasan untuk digunakan dalam satu acara persembahan, mengganggu dan menangguhkan program tersebut serta dengan sengaja meninggalkan kerusi untuk penonton.
Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara sehingga senam bulan dan denda AS$1,000 (RM3,030) untuk setiap pertuduhan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: