Tuesday, April 16, 2013

Regim baharu Olay

KAUM wanita pasti tidak kecewa dengan produk penjagaan kulit antipenuaan daripada Olay.


PRODUK dibeli mencecah ratusan ringgit tetapi kulit wajah tetap tiada perubahan. Itulah antara hasil tinjauan yang dilakukan syarikat produk penjagaan wajah, Olay dalam laman sosial Facebook. Dalam tinjauan tersebut juga mendapati seramai 63 juta wanita di Amerika Syarikat (AS) mengabaikan produk kecantikan yang dibeli selepas tidak mendapat keputusan memberangsangkan.
Sehubungan itu, para saintis Olay telah mengaplikasikan penemuan terbaharu dalam bidang Cellular Bioenergetics untuk memahami proses penuaan kulit dan penjagaannya. Ia memberikan penyelesaian kepada wanita yang kecewa dengan produk penjagaan kulit antipenuaan.
Menurut Saintis Senior Olay, David Khoo, melalui kajian itu, mereka menemui Teori Kelemahan Kulit yang menyatakan bahawa bahan antipenuaan kurang responsif kepada kulit tua ekoran kurangnya tenaga dalam sel.
“Ia disebabkan sel tidak mempunyai metabolisme yang baik untuk bertindak balas terhadap rawatan antipenuaan. Maka, tanggapan mengenai produk tidak berkesan adalah tidak benar sama sekali,” ujar David yang merujuk kepada kenyataan Saintis Kecantikan Kanan P&G, Mary Johnson.
Melawan kelemahan kulit
Tambahnya, kaedah efektif untuk melawan kelemahan kulit adalah dengan meningkatkan keupayaan sel bagi menghasilkan tenaga dan keupayaan menangani tekanan.
Diperkayakan dengan Skin Energizing Technology, Olay Regenerist Generasi Baharu terbukti berjaya mengatasi keadaan kulit lemah tidak bermaya, melembapkan kulit dan mengatasi proses penuaan dengan lebih pantas.
Ia mengandungi gabungan tiga bahan antipenuaan berkuasa tinggi iaitu Niacinamide yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan meningkatkan kadar pengelupasan semula jadi permukaan kulit. Selain itu, Palonitoyl Pentapeptide - 4 membantu mengurangkan garis halus dan kedutan manakala Olivem dapat meningkatkan penyerapan bahan antipenuaan ke dalam kulit.

PENJAGAAN bulu mata sama penting dengan kulit wajah yang bersih dan sekata.


Tidak hanya memberi fokus kepada kulit wajah, produk baharu Olay turut mengeluarkan item istimewa untuk mata yang cantik.
Lingkaran hitam dan kesembapan mata sering menjadi masalah kepada sesetengah wanita. Selain itu, tekstur bulu mata yang jarang dan tidak rapi mengakibatkan penampilan seseorang terjejas.
Regenerist Micro Sculpting Eye & Lash Duo menggabungkan dua kebaikan secara terus iaitu untuk merawat bawah mata dan kesihatan bulu mata.
Menurut Pengurus Latihan dan Keupayaan Serantau Olay, Susan Park, produk tersebut didatangkan dalam satu bungkusan yang mengandungi kedua-dua produk berkenaan.
“Pengguna hanya perlu memasang kedua-duanya ketika mengaplikasikan ke bahagian yang bermasalah,” ujarnya ketika menunjukkan demonstrasi penggunaan produk-produk Olay kepada media, baru-baru ini.
Ujarnya, produk pertama digunakan sebagai krim merawat bawah mata. Ia mampu mengurangkan garisan halus dan membaiki tekstur kulit sekitar mata.
Produk kedua mengandungi Glycerin bertindak sebagai serum dan membantu merapikan bulu mata sehingga ke akarnya. Ia boleh mengurangkan kerosakan selain menebalkan bulu mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: