Friday, April 12, 2013

Re-Gen hilangkan kesan regangan

RUSNANI (kiri) menunjukkan cara-cara mengurut yang betul bagi ibu yang baru lepas bersalin.


KESAN regangan pada kulit yang wujud semasa dan selepas kehamilan atau parut akibat kecederaan antara masalah yang boleh mencacatkan kecantikan seseorang, khususnya wanita.
Namun, ia tidak lagi menjadi kebimbangan kerana minyak penjagaan kulit, Re-Gen diperkenalkan di pasaran sebagai satu pilihan alternatif dan bermutu dalam menghilangkan semua masalah tanpa kesan negatif.
“Produk ini memberi anda peluang memulihkan semula kecantikan semula jadi kulit. Diuji secara dermatologi, Re-Gen mengandungi bahan aktif cecair PCL yang menggalak pemulihan kulit dengan mengurangkan bahan pengoksidaan pada kulit,” kata Pengarah Urusan, Pemilik jenama Re-Gen, Linco Care Ltd, Seena Seka.
Produk yang dihasilkan di England dan digunakan sejak tahun 2008 itu disokong oleh rakan niaga tempatan, DKSH Malaysia.
Kandungan seperti Vitamin A dan E yang melawan penuaan kulit dengan campuran minyak lavender, calendula, chamomile dan rosemary antara bahan-bahan yang dirumus khas dalam minyak Re-Gen.
Pengurus Pemasaran Penjagaan Kesihatan Pengguna DKSH Malaysia, Carolyn Loo memberitahu, minyak tersebut berbau wangi dan lembut pada kulit. Ia juga memiliki sijil halal dan sesuai pada semua peringkat umur.
“Ia tidak memberi kesan berminyak dan para pengguna wanita boleh menggunakan terus pada wajah tanpa perlu risau sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit,” tambah Carolyn.
Selain itu, bagi mereka yang menghadapi masalah penurunan berat badan, minyak Re-Gen juga mampu mengurangkan kewujudan kesan pada kulit regang.
Melembapkan kulit
Model, pelakon dan usahawan, Dynas Mokhtar memberitahu, kesan regangan pada tubuhnya mula muncul ketika pertama kali mengandung pada bulan keenam.
“Saya cuba gunakan minyak kelapa dara, tetapi ia membuatkan kulit saya gatal. Kini saya rasa lega menemui minyak Re-Gen kerana ia berjaya menghilangkan kesan regangan yang masih wujud itu,” kata Dynas.
Dynas mengakui menggunakannya pada muka, tangan dan kaki selain bahagian perut kerana membantu melembapkan kulit.
Seorang lagi wanita, fasilitator program drama di Akademi The Actors Studio, Kimmy Kiew, 36, juga memilih menggunakan minyak Re-Gen sejak lapan bulan disahkan hamil.
“Semasa trisemester ketiga, saya merasa lega kerana kulit saya tidak merengsa dan kini, kesan regangan saya pun sudah mula hilang dan hampir tidak kelihatan,” katanya yang baru sebulan lebih melahirkan anak pertama.
Dalam pada itu, majlis pelancaran turut diserikan dengan demonstrasi teknik mengurut perut wanita oleh Jururawat Am, Bidan dan Pakar Terapi Urut, Rusnani Mohamed.
“Teknik ini boleh membantu minyak meresap jauh ke dalam kulit bagi mendapatkan lebih banyak kebaikan. Otot lebih selesa, kulit lebih licin dan kesan parut atau regang juga hilang,” kata Rusnani.
Minyak Re-Gen dijual pada harga RM29.90 bagi botol 75 milileter (ml) dan RM45.90 bagi botol 125 ml.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: