Friday, April 12, 2013

Psy Muncul Dengan 'Gentleman'


Psy akan muncul dengan single terbaharu berjudul Gentleman pada 13 April ini.
SELEPAS meraih populariti di seluruh dunia dengan lagu tarian kuda, Gangnam Style, penyanyi Korea Selatan, Psy bakal menggegarkan kembali industri muzik dengan ‘single’ terbaharunya, Gentleman.
Lagu berkenaan yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 13 April ini di 119 buah negara dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada para peminatnya.
Bersempena dengan pelancaran lagu itu, Psy akan mengadakan sebuah konsert di Seoul pada tarikh sama dan akan mempersembahkan lagu Gentleman buat kali pertama.
Malah konsert yang dijangka dihadiri seramai 50,000 peminat itu akan disiarkan ke seluruh dunia menerusi laman sosial, YouTube.
Psy menjadi fenomena di seluruh dunia apabila lagu berkenaan menjadi kegilaan ramai dan klip videonya mendapat tontonan sebanyak 1.5 bilion di YouTube sejak dilancarkan pada Julai tahun lalu.
Ia menjadikan lagu tersebut sebagai klip video yang paling banyak ditonton dalam sejarah laman sosial berkenaan.
Gangnam Style juga berjaya menduduki kedudukan nombor 1 dalam carta Billboard Hot 100 Singles di Amerika Syarikat.
Dia turut mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat Korea dalam muzik video terbaharunya bagi single berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: