Monday, April 8, 2013

Penyamun gagal dapat hasil, alat penggera berbunyi

IMEJ seorang lelaki yang dirakam oleh CCTV di Al-Ikhsan, Taman Dagang, Ampang.


AMPANG JAYA - Seorang penjenayah berputih mata apabila cubaan untuk merompak premis pengedar barangan dan pakaian sukan, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) di Taman Dagang di sini gagal selepas alat penggera di premis itu berbunyi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, suspek memasuki premis tersebut dengan mengumpil mangga pintu besi sebelum memecahkan pintu kaca dengan objek keras.
Pengurus Jualan Al-Ikhsan kawasan, Zainul Amri Ismail berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan datang ke premis itu dengan menunggang sebuah motosikal dan memakai topi keledar.
"Lelaki itu kemudian meluru ke kaunter tunai dan mengopak bahagian kunci laci juruwang yang berisi wang syiling.
"Lelaki terbabit bagaimanapun beredar daripada kaunter dipercayai panik selepas alat penggera berbunyi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: