Monday, April 8, 2013

Penduduk hargai jasa perwira


SITI ZUNAIDAH bersama ahli keluarganya menunjukkan kain rentang yang digantung
di rumahnya di Kampung Tanjung Labian.


LAHAD DATU - "Tiada apa yang mampu kami berikan kepada mereka (pasukan keselamatan) selain ucapan terima kasih menerusi kain rentang."
Kata-kata itu diluahkan oleh penduduk Kampung Tanjung Labian di sini sebagai menghargai segala pengorbanan yang dilakukan pasukan keselamatan kerana menjaga kampung mereka sepanjang Operasi Daulat berjalan.
Seorang penduduk, Siti Zunaidah Abdul Rahim, 35, berkata idea untuk menghasilkan kain rentang tertulis 'Terima Kasih Perwira Negara' tercetus selepas mereka melihat sendiri usaha murni yang diberikan oleh anggota keselamatan.
Katanya, keadaan kampung mereka kini semakin baik dan bertambah selamat apabila pasukan keselamatan, terutamanya anggota Angkatan Tentera Malaysia, berkawal hampir di setiap sudut di kawasan itu.
"Mereka tinggal di sini (kampung) dan hidup bersama penduduk setempat. Kami begitu tersentuh dengan pengorbanan yang mereka berikan.
"Selepas berbincang dengan beberapa orang penduduk, kami bersepakat untuk menghasilkan kain rentang untuk menzahirkan ucapan terima kasih kami kepada mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: