Monday, April 8, 2013

Ibu tiri didakwa bunuh anak tiri

AZLINDA (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang ibu tiri bakal berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian anak tirinya yang berusia lima tahun.
Tertuduh, Azlinda Othman, 28, yang berasal dari Kampung Jubakar Pantai, Tumpat dilihat hanya mendiamkan diri apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Menurut kertas pertuduhan, Azlinda didakwa telah membunuh seorang kanak-kanak perempuan bernama Ummi Amilia Azman di Perumahan Kos Rendah, Kampung Jubakar Pantai, Tumpat antara pukul 3 petang 23 Mac hingga 8.30 pagi 24 Mac lalu.
Azlinda didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam K.H. Tay.
Noor Dayana bagaimanapun memohon satu tarikh sebutan kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.
Mohd. Isa menetapkan 8 Mei untuk sebutan kes.

2 comments:

  1. Bunuh aja binatang ni,tak ada hati perut jgn jadikan masaalh mental sebagai alasan..

    ReplyDelete
  2. MALAYSIA TV ONLINE > http://www.vecests.com/2013/01/online-tv-malaysia-radio-streaming.html TV1,TV2.TV3.TV7.TV8.TV9.ASTRO ARENA. UBAH TV,PAKATAN TV

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: