Thursday, April 18, 2013

Datuk K kini semakin sihat


DATUK K dipimpin Siti Nurhaliza ketika hadir Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa yang juga suami kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin membuat penampilan sulung di khalayak umum di sini semalam selepas berehat lama selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand tahun lalu.
Beliau yang masih memakai alat sokongan leher kelihatan ceria menemani Siti Nurhaliza di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara di Kompleks Seri Perdana.
Khalid ketika ditemui berkata, beliau masih sakit di pergelangan tangan dan leher akibat kemalangan itu.
“Saya masih perlu menjalani fisioterapi untuk tempoh sebulan dua lagi. Alhamdulillah sekarang sudah boleh menjalani rutin kerja seperti biasa,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: