Wednesday, April 10, 2013

Bot nelayan dipercayai dari Jepun hanyut ke pantai AS


GAMBAR yang dirakamkan pada Ahad lalu menunjukkan sebuah bot yang dipercayai dari Jepun yang hanyut ke sebuah pantai dekat bandar Crescent, Amerika Syarikat.


BANDAR CRESCENT, California - Beberapa pegawai kini berusaha untuk memastikan sama ada sebuah bot nelayan yang dihanyutkan ke sebuah pantai dekat sini datangnya dari Jepun selepas tsunami berlaku pada Mac 2011.
Bot yang sepanjang 6.09 meter itu mempunyai tulisan Jepun itu dihanyutkan ke kawasan pantai tersebut di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lalu.
Tulisan itu mungkin merupakan lesen atau nombor pendaftaran bot tersebut.
Bot tersebut kini diperiksa oleh sekumpulan pakar termasuk dari Kumpulan Kerja Tsunami Redwood, Universiti State Humboldt, beberapa pegawai agensi persekutuan dan negeri.
Seorang jurucakap Pentadbiran Kelautan Kebangsaan dan Atmosfera turut menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Jepun bagi menentukan sama ada ia merupakan bot yang hanyut dari negara tersebut.
Tsunami pada 11 Mac 2011 itu telah menyebabkan 15,882 orang mati di timur laut Jepun selepas berlakunya gempa bumi kuat berukuran 9.03 pada skala Richter.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: