Thursday, April 18, 2013

Bot gergasi guna kuasa suria tiba di Rabat


BEBERAPA orang nelayan melihat bot PlanetSolar belayar di Sungai Bouregreg, Rabat kelmarin.


RABAT, Maghribi - Sebuah bot gergasi yang menggunakan kuasa suria tiba di Sungai Bouregreg di sini kelmarin.
Bot sepanjang 31 meter itu dikendalikan oleh Gerard d'Aboville.
Ia yang dilengkapi dengan lebih 500 meter persegi panel suria merupakan bot paling panjang yang menggunakan tenaga suria di dunia.
Bot yang dibina di Kiel, Jerman pada tahun 2010 itu diberi nama PlanetSolar.
Ia kemudian akan belayar ke Lautan Atlantik dan tiba di Miami, Amerika Syarikat pada Mei ini untuk memulakan ekspedisi saintifik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: