Wednesday, April 17, 2013

Beg DagangHalal.com hanya RM1


DHALIFF dan Nor Atiqah menunjukkan contoh beg produk DagangHalal.com berharga RM1 yang bakal dijual pada Karnival Semarak Syariah pada 26 hingga 28 April ini.


KUALA LUMPUR – Karnival Semarak Syariah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 April ini bakal dimeriahkan dengan jualan beg produk yang mengandungi pelbagai jenis barangan tetapi dengan harga RM1.
Penolong Pengurus Syariah dan Pengurusan Acara DagangAsia Net Sdn. Bhd., Dhaliff G. Anuar berkata, berdasarkan pengalaman Karnival 1Malaysia 1Halal yang dianjurkan pada tahun 2010, jualan beg produk tersebut mendapat sambutan.
“Ini merupakan kali ketujuh kita mengadakan jualan murah seumpama ini dan pengunjung yang membeli beg produk tersebut akan mendapat pelbagai produk menarik di dalamnya.
“Pembelian beg produk RM1 ini sangat berbaloi kerana harga minimum keseluruhan produk tersebut antara RM30 dan maksimum RM50,” kata beliau ketika ditemui di pejabat DagangAsia Net Sdn. Bhd. di sini semalam.
Menurut beliau, jualan beg produk RM1 ini akan diadakan di gerai DagangHalal.com dan cara pembeliannya akan dimaklumkan dalam beberapa hari lagi melalui akhbar Kosmo! selaku akhbar rasmi untuk karnival ini.
Bagaimanapun, salah satu syarat untuk membeli beg RM1, pengunjung perlu membawa dua keratan kepala akhbar Kosmo!.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: