Monday, April 8, 2013

10 rumah diancam tanah runtuh


BEBERAPA penduduk menunjukkan keadaan lereng bukit yang runtuh berhampiran rumah mereka di Jeli semalam.


JELI - Sebanyak 10 keluarga di Kampung Ayer Lanas Blok Tanah Merah dekat sini bimbang dengan kemungkinan rumah mereka roboh ekoran masalah tanah runtuh berhampiran kawasan tempat tinggal mereka.
Penduduk mendakwa, aliran air longkang di tepi jalan di kampung itu menyebabkan lereng bukit berdekatan rumah mereka terhakis.
Mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu sekali gus mengelak sebarang musibah termasuk kehilangan harta benda dan nyawa.
Seorang penduduk, Mamat Samat, 74, berkata, limpahan air longkang menyebabkan struktur tanah di lereng bukit semakin tidak stabil dan mula runtuh.
Mamat mendakwa, meskipun keadaan itu telah berlarutan sejak tahun lalu, namun belum ada penyelesaian diambil oleh kerajaan negeri Kelantan.
"Banjir yang melanda kawasan ini baru-baru ini telah menyebabkan lereng bukit di kawasan rumah kami terhakis dengan teruk," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment