jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Saturday, March 31, 2012

Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta

Rozita Che Wan, wanita ayu dan menawan yang sentiasa menjadi perhatian.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.

Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.

“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.

Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta.

“Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,” katanya.

Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu, golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Rozita Che Wan Nafi Di Sunting Datuk K!




‘Ini semua fitnah’


NAFI...Rozita tolak dakwaan ada hubungan dengan Datuk K.

KUALA LUMPUR: “Saya bukan bakal isteri baru Datuk K,” kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan.
Rozita berkata, dakwaan terbabit sama sekali tidak masuk akal kerana dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana individu termasuk Datuk K seperti yang dimaksudkan.

“Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yang dikenali dengan nama ‘S’ dua tahun lalu, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati.

“Saya dan anak sangat meminati Datuk Siti (Nurhaliza). Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama-sama artis,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.
Rozita, 39, berkata, dia kecewa dan kesal dengan gosip terbaru yang dilemparkan laman blog dan portal hiburan itu kerana ia adalah penyebaran fitnah ke atas dirinya.

Friday, March 30, 2012

Anggap Tidak Adil, Malique Selar Pihak Haramkan 'Bawaku Pergi'

image

Malique (Too Phat)

PETALING JAYA: Penulis lagu Bawaku Pergi iaitu Malique menganggap tindakan mengharamkan lagu itu sebagai keputusan yang tidak adil serta menidakkan kebebasannya untuk bersuara.

Malique berkata, lirik lagu itu tiada kena mengena untuk mengajak remaja lari daripada rumah sebaliknya ia mengenai imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia.

“Tanpa ruang untuk saya membela diri, tindakan (mengharamkan lagu) itu adalah tidak adil yang dilakukan oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik,” katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Warner Music di sini, petang Jumaat.

Pada Khamis akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.

Malique berkata pihak berkenaan gagal mentafsir bait lagu tersebut iaitu menceritakan keinginan penulisnya yang mengidam untuk pergi ke Indo-China melalui jalan darat iaitu “pergi lebih lama, pergi lebih jauh”.

“Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

“Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam,” katanya.

Tambahnya lagu Bawaku Pergi itu adalah lagu nyanyian Ella bersama Malique tetapi telah ditukar kepada Kaka dan Zizan atas permintaan pelawak itu sendiri. Ia tiada niat lain seperti mana yang dibangkitkan.

Katanya lagi, bukan semua perkara dalam dunia ini mempunyai niat yang tidak baik dan tindakan mengharamkan lagu tersebut seumpama bertujuan menutup periuk nasinya.

“Yang patut diharamkan ialah orang yang mengusul perkara ini,” katanya.

Keldai siber pula muncul

  • Foto

  • Foto

    DUA warga Nigeria ditahan akibat memperdaya wanita tempatan sebagai keldai internet.

Sindiket antarabangsa didalangi warga Afrika peralat wanita kita perdaya syarikat dalam internet

KUALA LUMPUR: Selain dijadikan keldai dadah, wanita tempatan kini diperalatkan sebagai keldai internet oleh sindiket antarabangsa warga Afrika dengan menggunakan akaun internet dan akaun bank mereka untuk pelbagai kegiatan penipuan secara atas talian di seluruh dunia. Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu.Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu. Mereka berurus niaga menerusi e-mel palsu termasuk rundingan pembelian. Selepas meyakinkan mangsa, anggota sindiket mengambil alih urus niaga dan menghantar e-mel mengarahkan pembeli memasukkan wang ke dalam akaun bank milik wanita rakyat tempatan yang didaftarkan di Malaysia.

Sebelum itu mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan supaya mudah dipujuk untuk membuka akaun. Ada antara mereka sanggup memeluk agama Islam dan berkahwin dengan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan terhadap enam kes penipuan awal tahun ini mendapati semua akaun bank itu dimiliki wanita tempatan yang disyaki menjalin hubungan dengan anggota sindiket.

“Sebaik bayaran dimasukkan dalam akaun, mangsa diarah pasangan mereka memindahkan wang kepada rangkaian sindiket di luar negara melalui khidmat kiriman wang antarabangsa.
“Suspek mengelak penggunaan akaun bank sendiri atau rangkaian sindiket di luar negara bagi mengelak dikesan jika kegiatan terbongkar.

“Taktik itu juga bagi mengelak wang atau aset mereka di Malaysia atau luar negara dikesan, seterusnya dibekukan pihak berkuasa. Wanita kita dijadikan keldai internet seperti keldai dadah,” katanya.

Sejak Januari lalu, enam kes dilapor membabitkan 10 wanita tempatan dengan kerugian mencecah jutaan ringgit, termasuk kes terbaru membabitkan penahanan ibu tunggal berusia 34 tahun di Johor Bahru Sabtu lalu bersama pelajar kolej swasta warga Nigeria yang didakwa suaminya.

Mohd Kamarudin berkata, penahanan itu susulan maklumat Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) yang melaporkan pembayaran oleh pelanggannya kepada sebuah syarikat pembuat pakaian di Jakarta, Indonesia dimasukkan dalam akaun bank milik ibu wanita berkenaan sebelum polis menahannya untuk siasatan lanjut.

Hasil soal siasat membawa kepada penahanan suaminya dan seorang lagi lelaki Afrika berusia 25 tahun dalam dua serbuan berasingan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya dan Pandan Indah, Ampang, pada Jumaat lalu.

Polis merampas telefon bimbit dan peralatan komputer yang mereka gunakan untuk berhubung dengan anggota sindiket lain di luar negara serta menggodam akaun mangsa.

“Lebih mengejutkan anggota sindiket sanggup memeluk Islam bagi meyakinkan pasangan, namun ketika ditahan mereka masih memakai rantai mempunyai lambang salib,” katanya.

Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai terutama ahli perniagaan supaya berwaspada ketika menggunakan talian internet percuma seperti Wifi, selain meneliti dan menyemak e-mel bagi mengelak maklumat dicuri penggodam.

“Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara, termasuk Interpol bagi memantau aktiviti yang meragukan dalam sebarang urusan perniagaan melalui e-mel,” katanya.

Beliau berkata, selain Malaysia, sindiket berkenaan beroperasi di Timur Tengah dan Afrika.

Zikir Terapi Munajat hadiah buat peminat


Zikir yang dimuatkan dalam album ini mudah untuk dihafal.


FITRI Haris pernah menganggotai kumpulan nasyid Unic dan sempat menghasilkan beberapa album bersama kumpulan tersebut.

Sayangnya, jodoh itu tidak berpanjangan apabila dia membawa haluan sendiri dengan bergerak secara solo.

Salah satu sebabnya kerana dia mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Pada April ini, anak muda itu akan berangkat ke New Zealand untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di salah sebuah universiti di sana.

Sebelum berhijrah itu, Fitri telah bekerjasama dengan Hafiz Hamidun, rakan baiknya yang pernah bersama-sama menganggotai Unic dan terhasil produk terbaru iaitu cakera padat berjudul, Zikir Terapi Munajat.

Di sebalik tembok Israel


Penulis bergambar berlatarbelakangkan Tembok Pemisah Israel sepanjang 181 kilometer yang menutup dan mengepung sepenuhnya Baitulmaqdis.


TIADA yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini.

Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.

Berkongsi pengalaman, seorang rakyat Malaysia yang pernah berada hampir sebulan di Baitulmaqdis, sekali gus berpeluang beribadat di Masjid Al-Aqsa perlu menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat Islam untuk ke sana.

Setiausaha Eksekutif Komuniti Viva Palestin Malaysia (VPM), Azra Banu, 49, berada di Baitulmaqdis sekitar Jun 2010 yang disifatkan sebagai paling terkesan dalam hidupnya.

Mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin


PEMANDANGAN aktiviti rakyat palestin di sebuah pasar di baitulmaqdis.


"LANGSUNG tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala.

"Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut," kata Dr. Mohd. Tahir Abdul Rahman.

Beliau merupakan aktivis kemanusiaan Palestin terkenal yang kini merupakan Pengerusi Sekretariat Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) iaitu satu acara di peringkat dunia yang akan berlangsung pada hari ini di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Dr. Mohd. Tahir berkata, rejim Israel yang begitu zalim dan ganas terhadap penduduk Palestin akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Masjid Al-Aqsa akhirnya akan terlepas sepenuhnya ke tangan mereka.

Kelas Klinik Matematik


Muhammad Shakib Shamsudin menunjukkan cara mudah mengingati sifir.


Murid dan pelajar sekarang cekap, pantas, bijak dan jauh ke hadapan daripada anggapan ibu bapa dan masyarakat, lantaran itu pengajaran secara konvensional di sekolah tidak lagi relevan." Lontaran pandangan daripada anak muda berusia 30 tahun ini agak berani dan tidak mustahil menimbulkan riak kurang senang terutama di kalangan warga pendidik.

Sinonim pula dengan penglibatannya sebagai usahawan muda yang kini mengusahakan empat cawangan pusat tuisyen, The Maths Clinic Tuition Centre (Maths Clinic) di Setiawangsa, Wangsa Maju dan Cheras di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak, kenyataan Muhammad Shakib Shamsudin, 30, agak berbaur berat sebelah.

"Apa yang saya lontarkan ini, berdasarkan apa yang dikongsi bersama pelajar di pusat tuisyen ini rata-rata mengakui mereka mahukan kelainan, bukan lagi sekadar menadah telinga mendengar dan menerima nota sebaliknya mahu penyampaian maklumat pantas, sepantas mereka melayari Internet,'' ujarnya ketika di temui di Wangsa Maju, salah satu pusat tuisyen miliknya, baru-baru ini.

26 pelajar tahfiz khatam al-Quran atas kereta api


Pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Peka Yatim Kelantan menaiki kereta api di Wakaf Baru, Tumpat, semalam.


TUMPAT 29 Mac - Seramai 26 pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Peka Yatim) mengikuti program 'Perjalanan Menggunakan Kereta Api, al-Quran Penuh Rahmat' bermula hari ini.

Pengetuanya, Ahmad Hilmi Ahmad berkata, kesemua pelajar berkenaan berlepas dengan menaiki kereta api dari stesen Wakaf Bharu ke Johor Bahru kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya, sepanjang perjalanan tersebut, mereka akan membaca dan seterusnya mengkhatam al-Quran di atas kereta api berkenaan.

Tambahnya, program selama dua hari itu turut diisi dengan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik di sekitar Johor Bahru.

"Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar mengenai tatatertib dalam bermusafir.

Dua pelajar cemerlang terima Anugerah Pengarah PKB


WAN Aqilah Wan Ahmad Husaini (tengah) menerima ciuman ibunya selepas diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pengarah.


KOTA BHARU 28 Mac - Majlis Konvokesyen Jubli Perak Ke-25 Politeknik Kota Bharu (PKB) semalam, memberi seribu makna buat seorang ibu tunggal Maimunah Sulaiman, 64, apabila anak lelakinya Muhamad Zulkarnain Muhamad, 21, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah.

Kehilangan dua anggota keluarga tersayang, iaitu adik bongsu ketika berusia sembilan tahun dan arwah ayahnya empat tahun lalu, ternyata bukan halangan buat Muhamad Zulkarnain mencipta kejayaan dalam pelajaran.

Kejayaan Zulkarnian menamatkan pengajian Sijil Elektrik dan Elektronik dengan gred purata terkumpul (CGPA) 3.79 bukan sahaja ditangisi oleh ibu dan abangnya, malah seluruh graduan terpaku apabila menonton tayangan video menceritakan faktor kejayaan pelajar tersebut.

Bagi Zulkarnain, anugerah tertinggi pada konvokesyen tersebut mahu dihadiahkan kepada ibu tersayang dan ahli keluarga lain yang telah banyak memberikan sokongan.

"Walaupun dua kali diuji dengan kesedihan, namun sokongan daripada keluarga menguatkan lagi semangat saya untuk mengubah nasib keluarga yang sebelum ini hidup dalam kemiskinan," katanya yang merupakan anak kesembilan daripada 10 adik-beradik.

Zulkarnain berkata, ibunya sering berpesan agar terus belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.

"Saya akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Mekatronik di sini (politeknik) dan mengharap dapat mencapai cita-cita sebagai jurutera apabila tamat belajar nanti," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah terbabit, Wan Aqilah Wan Ahmad Husaini, 21, berkata, resipi kejayaannya adalah sentiasa fokus dan mengulangkaji pelajaran.

"Alhamdulillah berkat usaha dan doa, saya berjaya dalam pelajaran dan mendapat anugerah ini, sesungguhnya inilah hadiah istimewa buat ibu dan bapa saya.

"Sekarang saya menyambung pelajaran di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dalam Ijazah Komunikasi Wayarles dan insya-Allah saya akan terus berusaha mencapai kejayaan," jelasnya.

Anugerah disampaikan oleh Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkifli Ab. Rahman. Turut hadir Pengarah PKB, Noor Azhan Othman.

Ernie tidak tumpang Aiman


Ernie selesa mendapat bimbingan daripada Adi ketika rakaman di studio Nar, di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KALAU sebut nama Ernie Zakri, pasti ada yang tertanya-tanya, apakah dia seorang penyanyi atau pelakon dan drama atau lagu apakah dipopularkannya?

Sebenarnya Ernie Zakri atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 20, adalah juara Bintang RTM 2009 dan telah menghasil album sulung berjudul Sinaran pada tahun 2011.

Biarpun bergelar juara namun bintangnya tidak begitu bersinar seperti bakat baru yang dicungkil daripada program realiti terbitan stesen televisyen lain.

Pun begitu Ernie bertuah kerana tujuh lagu daripada albumnya itu dijadikan lagu latar drama bersiri Ashiteru lakonan Afiq Muiz dan Erin Malik yang disiarkan di TV9 sebelum ini.

Antaranya adalah Mau Ingin Bercinta, Bicara Cinta, Ku Perlukan Mu dan Pandangan Bererti.

Menggeletek perut!

Poster Jangan Pandang Belakang

Sekali imbas, filem ini tidak banyak bezanya dengan karya filem seram komedi Ahmad Idham sebelum ini seperti Hantu Bonceng (HB). Ini kerana ia mengetengahkan karya berbentuk seram komedi yang menggeletek perut.

Mengekalkan Zizan sebagai teraju utama, Jangan Pandang-Pandang (JPP) membawa penonton melayari pengembaraan sekumpulan pelajar kolej yang ditugaskan mengkaji artifak di gua.

Namun dek kerana pelbagai isu yang pernah timbul dalam filem HB sebelum ini, maka, Idham mengambil keputusan untuk membuang beberapa babak yang dirasakan akan dijadikan isu dan menggantikan ia dengan babak yang lebih sesuai.

Malah, pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) juga terpaksa memotong 40 peratus adegan dalam JPP, kerana mereka tidak mahu sebarang kontroversi dicetuskan mana-mana pihak.

Tidak berselindung, Idham menyatakan rasa kecewa dan rajuknya apabila niatnya untuk membawa mesej kepada penonton disalah ertikan sekali gus, menampakkan Idham seolah-olah cuba mempersendakan agama Islam.

"Setiap kali saya menghasilkan karya, saya pasti menyelitkan mesej-mesej untuk difikirkan oleh remaja kini. Saya sesuaikan dengan persekitaran semasa yang kini dibanjiri oleh pelbagai gadjet canggih.

"Daripada mereka menyimpan lagu-lagu yang tidak bermanfaat di dalam telefon bimbit, atau gajet mereka, lebih baik mereka menyimpan ayat-ayat al-Quran. Namun ada pihak yang menuduh saya mempersendakan agama Islam setiap kali memaparkan penggunaan ayat-ayat suci dalam karya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana JPP di TGV 1Shamelin, kelmarin.

Tidak mahu untuk terus menimbulkan perkara-perkara yang dianggap kontroversi, Idham mengakui JPP adalah karya seram terakhirnya buat masa ini.

"Trauma dibuatnya apabila mengenangkan kembali isu filem Hantu Bonceng (HB) yang dikritik hebat gara-gara membabitkan ayat-ayat suci Al-Quran. Justeru itu, saya membuat keputusan Jangan Pandang-Pandang (JPP) adalah karya seram saya yang terakhir.

"Namun, apabila isu agama dibangkitkan dalam HB saya menyunting semula segalanya yang membabitkan ayat suci tersebut dalam JPP agar ia tidak menjadi isu kemudian hari," jelasnya.

Biarpun banyak babak terpaksa dipotong dan beberapa dialog terpaksa 'ditampal' agar tidak dijadikan isu, namun filem yang diterajui oleh Zizan Razak (Ajis), Sara Ali (Yaya), Miera Leyana (Marsha), (Ben) Nas-T dan Anith Aqilah (Diana) itu masih lagi menarik.

Apatah lagi, kehadiran Zizan yang tidak pernah mengecewakan menambahkan 'rasa' buat penonton mengikuti jalan cerita ini dari mula sehingga akhir.

Ditambah pula gandingan pertama kali Zizan dan Sara Ali, bagai memberi nafas baru buat gandingan pelakon di Malaysia.

Naratif penceritaan filem ini pula tidak sukar difahami. Seperti biasa, Idham bijak mengadun babak demi babak untuk disesuaikan dengan situasi jalan cerita.

Malah, dalam usahanya untuk 'menggeletek' penonton dengan lawak spontan dan keadaan semasa, Idham tidak lupa untuk menyelitkan mesej-mesej berguna kepada penonton. Antaranya tentang tanggungjawab seorang pemimpin, semangat setia kawan, jangan bersikap riak dan banyak lagi.

Filem terbitan Excellent Pictures ini, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan pelajar yang dikehendaki membuat kerja kursus di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu.

Kerja kursus yang sepatutnya menjadi masa yang singkat bertukar kepada satu pengembaraan yang tidak pernah dialami apabila bot yang dinaiki mereka, hilang tanpa dikesan.

Dalam perjalanan mencari jalan keluar, Ajis, Ben, Marsha, Yaya dan Diana ditangkap oleh satu kumpulan jahat yang menetap di pedalaman kawasan itu.


Jangan Pandang-Pandang
PENGARAH: Ahmad Idham
PELAKON: Zizan Razak, Sara Ali, Nas-T, Miera Leyana, Anith Aqilah, Azhar Sulaiman dan Tai.
GENRE: Komedi
DURASI: 1 jam 30 minit
KLASIFIKASI: PG13
TAYANGAN: 29 Mac 2012
KESELURUHAN: 3.5/5

Google lancar ciri baru

Sajith menunjukkan Google Maps yang juga boleh diakses menggunakan peranti mudah alih.

Google Malaysia memperkenalkan dua ciri baru pada aplikasi Google Maps iaitu ‘Trafik dan Transit’ di mana pengguna dapat merancang perjalanan dengan lebih baik bagi perjalanan sekitar Lembah Klang dalam versi Bahasa Melayu.

Pengurus Negaranya, Sajith Sivanandan berkata, semua ciri baru itu boleh didapati menerusi desktop atau layari Google Maps menggunakan versi telefon pintar dan ia akan memaparkan keadaan trafik pada waktu sebenar.

Menurutnya, ciri ‘Trafik’ membekalkan data mengenai kesesakan jalan raya terus ke dalam peta, sekali gus menjadi penanda aras kepada pengguna sebelum melalui jalan itu dan mendapatkan informasi terkini sama ada berlaku kesesakan atau sebaliknya.

“Aliran trafik bagi sesuatu laluan ditentukan berdasarkan warna ditetapkan iaitu hijau, kuning dan merah. Setiap warna mewakili keadaan trafik yang sangat sesak (merah), perlahan (kuning) dan lancar (hijau).

“Manakala, ciri ‘Transit’ berfungsi sebagai pemberi maklumat mengenai perjalanan pengangkutan awam dengan menawarkan informasi secara menyeluruh termasuk pilihan bas, sistem aliran transit ringan (LRT), monorel dan komuter,” katanya pada majlis pelancaran dua ciri baru itu di Kuala Lumpur, semalam.

Sajith berkata, penambahbaikan itu diharap dapat memenuhi dan bertepatan dengan kehendak rakyat Malaysia, sekali gus memudahkan pergerakan mereka dari titik A ke B selepas mendapatkan maklumat perjalanan secara terperinci.

Dirotan 20 kali kerana ponteng

Bapa mangsa menunjukkan kesan sebatan pada punggung anaknya.

BUTTERWORTH - Gara-gara tidak hadir sehari ke sekolah, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di sini mendakwa disebat guru besarnya lebih 20 kali menyebabkan punggungnya lebam, terasa sakit hingga trauma ke sekolah.

Mangsa, anak ketiga dari lima beradik yang tinggal bersama keluarga di Taman Seri Bagan di sini mendakwa, dia disebat di dalam bilik guru besar sebaik hadir ke sekolah Selasa lalu selepas tidak hadir sehari sebelumnya.

“Saya memaklumkan kepada guru kelas sebaik hadir ke sekolah keesokan harinya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu,” katanya.

Menurut mangsa, namun guru kelasnya membawanya berjumpa dengan guru besar biarpun itu kali pertama dia tidak hadir ke sekolah.

Akibat dirotan, murid tahun enam sekolah rendah itu bukan sahaja tidak boleh duduk, malah terpaksa tidur meniarap.

Kejadian itu disedari bapa mangsa selepas mendapati anaknya berperangai pelik apabila enggan membuka pakaian seragam sekolah sewaktu tidur malam kelmarin.

Bapanya yang berumur 50 tahun itu berkata, sebaik pulang dari sekolah sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu, anaknya­ enggan membuka seluar sekolah semasa hendak masuk tidur sekitar jam 9 malam.

“Perangai peliknya itu membuatkan kami sekeluarga hairan. Ketika dia nyenyak tidur pada jam 12 malam, saya dan isteri membuka seluarnya untuk memakaikannya dengan sarung dan terkejut mendapati punggungnya terdapat kesan calar seolah-olah dirotan,” katanya.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh kontrak berkata, anaknya memberitahu apa yang berlaku selepas berulang kali ditanya.

“Saya tahu kesalahannya tidak hadir ke sekolah, tetapi sepatutnya sebagai seorang pentadbir, guru besar berkenaan­ tidak boleh menjatuhkan hukuman keterlaluan kerana ia akan meninggalkan kesan trauma, apatah lagi disebat dengan jumlah yang tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Katanya, lebih menyedihkan selepas insiden itu, pihak sekolah termasuk guru besarnya bersikap endah tak endah apabila langsung tidak mahu bertemu dengannya sama ada untuk memaklumkan tindakan mereka atau mengakui kesilapan dilakukan.

Bagi mengelak perkara sama berulang, dia membuat laporan polis dan membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital. Dia juga memaklumkan kejadian itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.

Penolong Pegawai Pe­lajaran Daerah Seberang Perai Utara, Adnan Idris yang dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Kita tidak pernah berkompromi dalam hal sebegini,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menye­babkan cedera.

Jac bebas bersuara



SELEPAS beralih angin dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan muzik baharu iaitu KRU Music, Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, berasa dirinya lebih berani dan bebas dalam menyuarakan pendapat serta keinginannya untuk bergelar komposer.

Mengikat kontrak selama setahun di bawah KRU Music pada bulan Januari lalu, peminat-peminat Jac bakal mendengar lagu-lagu ciptaannya selepas ini.

“Sewaktu dengan syarikat rakaman dulu, saya agak terhad untuk menyuarakan idea dan pendapat. Lagipun, saya tak berani mahu bersuara sebab saya masih belajar lagi.

“Bagi saya, banyak lagi yang saya boleh buat, tapi semuanya tak kesampaian. Kini, kebarangkalian peminat dapat mendengar lagu ciptaan saya kerana KRU memberi peluang tersebut kepada saya. Tapi, jujur saya tidak pandai menulis lirik,” ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! di Studio Utusan, Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Yakin dengan kemampuan KRU Music yang terbukti mempunyai empayar yang cukup kuat, Jac juga mengambil langkah berani mencuba pelbagai genre muzik yang ditawarkan pihak KRU Music untuk dirinya.

Single pertamanya dengan KRU Music berjudul Sebelah Jiwaku ciptaan Edry Abdul Halim menjadi bukti bahawa lagu tersebut begitu berbeza dengan lagu yang pernah dibawa Jac sebelum ini.

“Sebelah Jiwaku merupakan lagu yang lain daripada yang lain. Ia merupakan sesuatu yang baharu buat saya.

“Asalnya lagu ini ada dua versi iaitu balada dan rancak, tetapi saya lebih suka yang berentak rancak. Lagu ini menceritakan tentang perhubungan antara manusia tidak kira pasangan kekasih atau kawan baik.

“Ia lagu semangat tentang seseorang yang bangkit walaupun ditinggalkan. Saya yakin orang di luar sana juga boleh terima lagu ini,” ujarnya yang akan muncul dengan single kedua berjudul Jagalah Diri yang merupakan lagu tema filem terbitan KRU, 29 Februari.

Jelas Jac, pihak KRU Music juga sedang merancang untuk menerbitkan sebuah album penuh Jac pada bulan April depan. Antara lagu yang akan dimuatkan termasuklah Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri dan sebuah lagu Inggeris untuk filem animasi 3D Ribbit.

Ada kata-kata orang yang menganggap lagu ciptaan KRU mudah dikenal pasti apabila didengar tidak kira siapa penyanyi yang membawa lagu mereka.

Menolak tanggapan tersebut, ungkap Jac, bila orang dengar lagu Sebelah Jiwaku mereka tidak akan samakan ia dengan lagu ciptaan KRU yang lain kerana muziknya rancak dan bertenaga.

Jac juga tidak menyangka rangka jadualnya selama setahun telah disusun pihak KRU biarpun dia baru sahaja menandatangani kontrak di bawah syarikat tersebut.

Jac berang

Beralih kepada isu Jac yang dikatakan memperlekehkan penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff ketika pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26).

Biarpun ia sudah berlalu hampir dua bulan lamanya tetapi isu tersebut masih belum lagi reda. Masih ada lagi suara-suara nakal yang memperkatakan tentang hal itu dan ia membuatkan Jac berang.

Walaupun sudah memberi kenyataan balas berhubung perkara tersebut, nampaknya ada lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan Jac.

“Saya pelik kenapa isu ini ditanyakan kepada saya sahaja tetapi tidak pada Najwa juga. Saya tidak tahu kenapa isu kononnya saya merendah-rendahkan Najwa untuk menjatuhkan semangatnya sebelum beraksi di AJL 26 boleh timbul. Sedangkan saya tidak pernah bertembung dengannya langsung di belakang pentas AJL 26.

“Saya perlu fokus dua lagu iaitu Sedetik Lebih dan Beribu Sesalan pada malam AJL 26 itu. Selepas saya menyanyikan lagu Sedetik Lebih saya terus pergi ke bilik hos AJL 26, Faizal Ismail dan Cheryl Samad kerana mahu membuat persiapan untuk lagu Beribu Sesalan pula.

“Saya pergi ke bilik mereka kerana pereka saya ada di sana. Tak ada masa saya nak pergi belakang pentas untuk mengacau dia (Najwa),” ujarnya yang kesal dengan isu yang tiada kesudahan itu.

Terang Jac serius, secara logiknya bagaimana dia boleh bertembung dengan Najwa kerana giliran persembahan mereka adalah jauh. Jac juga menolak tanggapan bahawa dirinya kini semakin besar kepala.


JAC memilih untuk bernaung di bawah KRU Music kerana yakin dengan empayar yang telah dibina adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu.


“Saya harap orang tak menganggap saya sudah besar kepala. Saya tak perlu merendah-rendah atau mempersendakan orang lain walaupun dia penyanyi baharu,” ujarnya yang memohon agar Najwa turut membuka mulut memberi kenyataan berhubung isu tersebut agar ia tidak lagi diperkatakan.

M. Nasir atau Aubrey?

Bercerita tentang pembabitannya selaku peserta program realiti nyanyian, Mania pula, Jac memberitahu, dia tidak kisah sama ada dipilih oleh komposer Datuk M. Nasir atau Aubrey Suwito memandangkan Ahmad Dhani sudah mencukupi kuota untuk memilih penyanyi.

Malah, dia juga tidak terlalu memikirkan kemenangan kerana dia faham format Mania adalah menerusi 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya tidak mahu fikirkan soal menang, kalah, mahupun sejauh mana saya dapat bertahan dalam program itu.

“Ia bergantung kepada undian peminat dan rezeki. Apa yang lebih bernilai adalah peluang untuk bekerja dan menimba pengalaman daripada komposer-komposer hebat tersebut. Satu peluang untuk saya terus menimba pengalaman dan pembelajaran,” ujarnya optimis.

Sudah hampir enam tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka Inggeris bernama Chris Bellamy, Jac disoal bila masanya menuju ke gerbang perkahwinan.

“Buat masa ini belum ada lagi perancangan ke arah itu (kahwin). Sebabnya, dia mempunyai perniagaan di London dan kami jarang berjumpa. Cuma sekadar berkomunikasi menerusi ‘Skyppe’.

“Memang dia berniat untuk duduk di Malaysia pada tahun 2007 tetapi disebabkan rusuhan yang berlaku ketika itu dan juga memikirkan tentang keluarganya yang tinggal bersama dia membatalkan niat tersebut,” ulasnya.

Ditanya mengenai perasaannya apabila berjauhan dengan tunangnya. Jac menjawab: “Susah memang sangat susah.”

The Wombats cabar diri


THE WOMBATS menghasilkan sendiri kesemua lirik lagu-lagu dendangan mereka.


SEMPENA perlumbaan Formula One (F1) di Malaysia yang telah berlangsung baru-baru ini, banyak konsert yang menampilkan artis-artis luar negara telah diadakan sebagai menyambut kedatangan acara sukan motor berprestij tersebut.

Salah satunya merupakan konsert yang diberi nama Future Music Festival Asia dan ia merupakan konsert rasmi yang pertama berlangsung sebelum tibanya minggu perlumbaan F1 Malaysia. Malaysia merupakan lokasi pertama berlangsung festival ini di luar Australia.

Sebanyak 60 kumpulan artis tempatan dan antarabangsa hadir ke konsert yang dibanjiri oleh hampir 30,000 penduduk tempatan dan luar negara yang bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Festival ini diadakan selama 12 jam dan antara persembahan yang dinantikan merupakan dari artis hip hop terkenal, Flo Rida.

Antara artis lain yang turut hadir merupakan The Chemical Brothers, Tinie Tempah, The Wombats, Grandmaster Flash dan ramai lagi yang dipersembahkan atas empat pentas yang berbeza iaitu Flamingo, Future, Las Venus dan Gnome.

The Wombats merupakan sebuah kumpulan rock yang terdiri dari tiga orang anak muda iaitu Matthew Murphy, Dan Haggis dan Tord Overland-Knudsen yang berasal dari Liverpool, England.

“Kami sangat gembira dapat hadir ke Malaysia dan festival ini untuk membuat persembahan. Sebelum ke sini, kami baru pulang dari Tokyo untuk mengadakan persembahan.

“Kami telah bersama selama lebih kurang sembilan tahun dan untuk jelaskan genre muzik kami sedikit sukar kerana muzik kami ialah indie dan keistimewaan kami adalah kerana kami semua boleh bermain alat muzik dan kami juga menyanyi,” jelas salah seorang ahli kumpulan The Wombats iaitu Matthew atau lebih mesra disapa sebagai Matt.

Bagi mereka, sering mencabar diri merupakan terapi yang sering dilakukan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kesemua lirik dalam lagu-lagu mereka juga seratus peratus adalah hasil nukilan dari tiga orang anak muda ini.

“Setakat ini, lirik kesemuanya dihasilkan oleh kami sendiri dan ia banyak berdasarkan pengalaman kami sendiri. Selalunya lirik kami mengenai perasaan, mengenai wanita serta kehidupan.

“Sembilan tahun bukan masa yang singkat dan memang banyak cabaran yang ditempuhi. Bukan senang untuk bertahan, dan tidak dinafikan pertengkaran ialah perkara biasa.

“Namun, ia perkara biasa kerana kami memang rapat dan tinggal bersama juga,” jelas Matt yang mengatakan mereka mengibaratkannya seperti berkahwin dan sentiasa bersama.

Tutur Tord pula, mereka sangat bertuah kerana dapat bertahan hingga kini. Mungkin juga muzik yang mereka mainkan adalah berbeza dan mungkin itu yang menyebabkan mereka mampu bertahan.

Selain itu, mereka juga berterima kasih kerana mempunyai peminat yang menghormati karya seni mereka.

“Kami tidak sangka akan menjadi sukses sebegini. Bagi kami, sebelum ini, kami hanya praktis muzik-muzik kami di dalam sebuah bilik di Liverpool. Namun kini, kami membuat persembahan di festival muzik Kuala Lumpur.

Ia merupakan perkara besar buat kami dan kami seperti tidak percaya dengan jemputan persembahan di sini. Kami sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh kumpulan kami. ramai peminat juga yang memberi komen bagaimana mereka menghargai muzik kami,” akhiri Tord.

RM10 juta naik taraf cawangan


KAKITANGAN Bank Muamalat, Siti Farhaniz Solehan (kiri) dan Nur Ellina Edayu Mastor bergambar di hadapan cawangan Bank Muamalat Laman Seri di Seksyen 13, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) merancang untuk melaburkan sekurang-kurangnya RM10 juta bagi kerja-kerja pemindahan dan naik taraf enam sehingga lapan buah cawangan miliknya pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada strategi bank itu untuk meningkatkan bilangan pelanggan dengan menyediakan pengalaman urus niaga yang lebih baik dan selesa.

"Kami akan membelanjakan antara RM750,000 dan RM1.5 juta untuk pemindahan dan kerja-kerja ubah suai setiap cawangan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian cawangan terbaharu Bank Muamalat di Pusat Perniagaan Laman Seri (Laman Seri), Seksyen 13 di sini semalam.

Cawangan itu sebelum ini telah beroperasi di Seksyen 9, Shah Alam dan berpindah ke lokasi baharu pada 20 Februari lalu.

Maybank intai peluang di Thailand


ABDUL WAHID (kanan) dikerumuni wartawan selepas sidang akhbar sempena mesyuarat agung tahunan Maybank di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd. (Maybank) tidak bercadang mengambil alih sesuatu organisasi secara aktif di Thailand pada masa ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bagaimanapun berkata, bank itu masih terbuka untuk menyertai pelbagai peluang di negara berkenaan.

"Thailand masih merupakan bahagian yang hilang, bagi perkara yang membabitkan sektor perbankan komersial dan runcit. Oleh itu, kami terbuka untuk pelbagai peluang yang ada," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Maybank di sini semalam.

Beliau menjawab soalan mengenai laporan yang mengatakan Maybank merupakan antara pembeli berpotensi kepentingan AS$775 juta (AS$1 = RM3.10) ING Groep NV dalam TMB Bank Pcl., Thailand, yang merupakan bank ketujuh terbesar negara itu.

Maybank, bank terbesar di Malaysia dari segi jumlah aset, memperoleh 50.2 peratus kepentingan tahun lalu dalam Kim Eng Holdings Ltd. (Kim Eng), kumpulan pembrokeran pelaburan dan sekuriti bebas utama di Asia dengan kehadiran di pelbagai negara termasuk Singapura, Hong Kong, Thailand dan Indonesia.

10,000 pengunjung meriahkan karnival Lenggong


PERTANDINGAN tarik tali merupakan antara acara yang menarik perhatian orang ramai pada Karnival Sukan Parlimen Lenggong bermula hari ini. - Gambar hiasan


LENGGONG - Lebih 10,000 pengunjung terutamanya penduduk daerah Hulu Perak di sini dijangka hadir memeriahkan Karnival Sukan Parlimen Lenggong yang berlangsung selama tiga hari di sini bermula hari ini.

Karnival sukan tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong merupakan yang terbesar pernah dianjurkan di kawasan Parlimen tersebut.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, program itu diharap dapat mengeratkan perpaduan penduduk berbilang kaum selain membudayakan sukan dalam kehidupan harian.

Katanya, beliau optimis penyertaan masyarakat pelbagai lapisan tanpa mengira usia daripada kanak-kanak hingga warga emas menerusi 12 acara berasaskan sukan dan rekreasi akan meningkatkan lagi kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

"Kita menyediakan pelbagai acara menyeronokkan dan setiap penduduk mahupun pengunjung yang hadir boleh terus mendaftar dan menyertainya," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Saluran asap restoran di Suria KLCC terbakar


ASAP dari Restoran Chenoz on The Park (gambar kecil) yang keluar dari podium bumbung Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC semalam terpaksa ditutup selama sejam ekoran berlaku kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on The Park.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 5,000 orang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang ramai diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Suria KLCC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sebaik berlaku kebakaran dan menyebabkan asap tebal di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.

Menurut beliau, kebakaran tersebut berlaku pada sistem saluran asap yang terletak dalam Restoran Chinoz on The Park.

"Asap tebal dari restoran dapat dilihat di podium bumbung Suria KLCC sejauh kira-kira tiga kilometer," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Mini kasino dalam kebun sayur


KESEMUA 63 kaki judi di kebun sayur Kampung Batak, Sungai Ara yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Siapa sangka di belakang sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di pinggir hutan dan dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak, Sungai Ara di sini rupa-rupanya menempatkan sebuah mini kasino yang popular dalam kalangan kaki judi yang sudah berusia.

Bagi memastikan mini kasino yang terletak dua kilometer dari jalan besar itu selamat, sindiket judi haram yang mengoperasikan kegiatan itu mengupah beberapa orang tonto untuk mengawasi kawasan tersebut.

Malah kawasan terpencil itu juga dilengkapi sebanyak 16 buah kamera litar tertutup (CCTV). Antara lokasi CTTV yang dipasang termasuk di beberapa simpang jalan masuk ke mini kasino yang beroperasi selama 24 jam.

Namun setelah sebulan beroperasi, pada pukul 9.30 malam kelmarin, mini kasino yang dibina dengan khemah itu diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Serbuan itu dilakukan selepas beberapa anggota polis terpaksa menyamar sebagai kaki judi untuk masuk ke mini kasino itu.

Ketua operasi D7, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat risikan kerana mini kasino itu diawasi CCTV dan tonto.

"Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kelmarin)," kata beliau selepas serbuan itu.

Biasiswa lepasan SPM, STPM




KUALA LUMPUR – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan) menawarkan biasiswa pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan 5A ke atas manakala 2A ke atas bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Raja Azura Raja Mahayuddin (gambar) berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pelajar bumiputera dari persekitaran mencabar yang berprestasi sederhana tetapi berpotensi untuk memajukan diri.

Menurutnya, biasiswa itu juga diberikan kepada pelajar mengikuti pengajian yang memiliki peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Yayasan menyasarkan pelajar berpotensi dari persekitaran mencabar kerana memahami kesulitan mereka mendapatkan pendidikan sempurna seperti pelajar di luar bandar.

“Bagaimanapun, ini tidak bermaksud pelajar bandar tidak layak memohon, Yayasan mengambil kira faktor lain seperti pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kesukaran mendapatkan bahan pendidikan dan tercicir peluang melanjutkan pengajian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Lelaki sembelih dua rakan dihukum gantung


OLIER SHEKS dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung semalam.


SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menyembelih dua rakan senegaranya sehingga mati di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, hanya mampu mengalirkan air mata selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Dia yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi mangsa.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bukti dan keterangan daripada saksi yang terlibat, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini pada pukul 2 pagi hingga 4.10 pagi, 15 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Tukar segera akta lapuk

PENARI tiang yang ditahan polis menjalani ujian alkohol di Nilai Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.

Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.

“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.

“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikan flowerhorn jadi tumpuan pengunjung


BENTUK bonggol yang terdapat pada ikan itu.


BANGKOK - Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam.

Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana.

Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan.

Rihanna enggan jawab hubungan dengan Kutcher


RIHANNA menyertai sesi fotografi di sebuah hotel di London kelmarin.


LONDON - Penyanyi popular, Rihanna enggan menjawab soalan tentang hubungannya dengan aktor Hollywood, Ashton Kutcher.

Dia enggan menjawab soalan itu semasa ditanya wartawan pada sidang akhbar filem pertama lakonannya, Battleship kelmarin.

Sebelum ini, terdapat laporan penyanyi itu pernah berkunjung ke rumah Kutcher di Los Angeles sehingga awal pagi.

Apabila ditanya sama ada Kutcher akan hadir bersamanya untuk sesi promosi di sini, Rihanna menyifatkan soalan tersebut sebagai mengecewakan.

"Saya gembira dengan hidup saya dan saya kini solo, jika itu yang anda mahu tahu," kata Rihanna.

Filem Battleship turut menampilkan Taylor Kitsch dan Liam Neeson.

Rihanna melakonkan watak pakar senjata, Cora Raikes dalam filem itu.

Filem Battleship akan ditayangkan di Britain pada 11 April depan manakala di Amerika Syarikat pada 18 Mei depan.

Bapa rantai anak pada tiang


LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam.


BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.

"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.

Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut.

Zuckerberg jumpa PM Jepun

ZUCKERBERG berbual dengan Noda di kediamannya di Tokyo semalam.


TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di kediaman rasminya di sini semalam.

"Terdapat perasaan yang melucukan untuk melihat anda di sini kerana saya menonton filem itu," kata Noda kepada Zuckerberg.

Noda merujuk filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Facebook dicipta.

Namun, filem tersebut tidak menampilkan peribadi sebenar Zuckerberg.

"Amat berbeza," kata pengasas bersama Facebook yang berusia 27 tahun itu sambil ketawa semasa memberi reaksi terhadap kenyataan Noda.

Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana sumbangan rangkaian sosial tersebut semasa kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Laman Facebook itu menjadi tempat komunikasi dalam kalangan penduduk selepas bencana alam tersebut berlaku.

Zuckerberg yang bertali leher dan berkot pula menyatakan, Facebook menumpukan perhatian di Jepun kerana terdapat peningkatan bilangan pengguna sejak kebelakangan ini.

Facebook mempunyai lebih 10 juta pengguna di negara ini.

"Jepun merupakan satu-satunya negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai sebuah pejabat kejuruteraan kami kerana kami komited untuk menghasilkan produk yang amat bagus di sini," kata Zuckerberg.

Kelmarin, pengasas Facebook itu berada di Shanghai, China bersama kekasihnya.

Zuckerberg akan menghadiri majlis untuk pihak yang terlibat dalam pembangunan telefon bimbit, Mobile Hack Tokyo di sini.

Kereta sport McLaren dijual di Philadelphia


DISTANISLAO memandu kereta McLaren MP4-12C.


PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) - Pembuat kereta sport Britain, McLaren memperkenalkan kereta terbaharunya, MP4-12C di bandar raya ini.

Presiden Pusat Jualan McLaren di sini, Robert DiStanislao memandu uji kereta berteknologi tinggi itu ketika dia memperkenalkan MP4-12C kepada media kelmarin.

Kereta MP4-12C dijana enjin V berkapasiti 3.8 liter dengan pengecas turbo berkembar.

McLaren hanya mengeluarkan 1,000 buah kereta tersebut untuk pasaran di seluruh dunia.

Sejumlah 400 buah MP4-12C dijual di AS pada harga yang bermula AS$229,000 (RM703,201).

Kereta itu diperkenalkan pada tahun lalu.

McLaren turut mempunyai pasukan perlumbaan Formula Satu (F1) berserta Mercedes.

Ki-moon tunduk telunjuk AS



UCAPAN yang berdurasi tidak sampai tiga minit oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, didengari dengan penuh tekun oleh Ban Ki-moon. Apabila muncul poin-poin bernas, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu akan mengangguk-angguk kepalanya. Terserlah wajah kekaguman apabila beliau memberi tepukan dan berdiri selepas Tiong Lai mengakhiri ucapannya.

Tumpuan dan karakter yang ditonjolkan oleh Ki-moon ketika lawatannya ke Institut Perubatan Respiratori (IPR), Jalan Pahang, Kuala Lumpur sempena Hari Tibi Sedunia menyimpulkan betapa beliau menghargai setiap pemimpin yang dikunjunginya.

Ki-moon yang berusia 68 tahun pada tahun ini tidak datang berseorangan. Sebaliknya, beliau ditemani isterinya, Ban Soon-taek yang tampil elegan dengan busana berwarna putih dan berskaf.

Ki-moon bersama delegasi PBB baru-baru ini mengadakan lawatan selama dua hari ke Malaysia. Itu adalah kunjungan sulung diplomat Korea Selatan itu ke Malaysia sejak menyandang jawatan dalam badan dunia itu pada 1 Januari 2007.

Gerak-geri dan personaliti Ki-moon yang merupakan rakyat Korea Selatan pertama menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung PBB memang sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Seperti komentar yang pernah diterbitkan oleh Korea Herald, Ki-moon Setiausaha PBB kelapan menggantikan Kofi Annan disifatkan sebagai seorang yang sopan, lemah-lembut dan menghormati tali persahabatan.

Dalam satu wawancara dengan media asing, Ki-moon pernah berkata: “Kadang-kadang saya seperti seorang pemimpin yang lemah dan lembik. Anda mungkin melihat saya seorang yang lemah-lembut, tetapi saya memiliki kekuatan dalaman dan inilah selalunya orang Asia salah beri pandangan.”

Walaupun sebahagian daripada hidupnya ditumpahkan di negara asing, sifat santun ketimurannya ketika berada di negara ini sangat terserlah.

Beliau seorang yang sederhana. Senyuman tidak pernah lekang daripada bibirnya. Tidak diapit dengan secara keterlaluan oleh pengawal peribadi, membolehkan Ki-moon bebas mendekati sesiapa mengikut kemahuannya.

Pemimpin yang berpegang kepada prinsip bahawa kerja melebihi kepentingan peribadinya juga tidak terlalu rigid. Buktinya, semasa melawat dua pesakit tibi di IPR, beliau memilih untuk tidak menggunakan topeng udara.

Graduan Ijazah Pentadbiran Awam, Universiti Harvard itu juga mencuri tumpuan hadirin apabila mengucapkan ‘Selamat Pagi’ dan ‘Terima Kasih’ dalam bahasa Melayu serta kerap memuji usaha institut perubatan Malaysia.

“Saya puji kerajaan Malaysia kerana membantu pesakit tibi. Kerajaan anda juga memberi perkhidmatan dan rawatan percuma kepada mereka dan ini sesuatu yang luar biasa,” katanya ketika berdiri dengan postur yang tegap semasa menyampaikan ucapan balas.


KUASA veto yang dipegang oleh lima negara iaitu AS, Perancis, China, Britain dan Rusia menyebabkan PBB pada hakikatnya hanyalah alat untuk menghalalkan segala keinginan negara maju itu.


Karakter

Bagaimanapun, imej lemah-lembut Ki-moon itu dikatakan melambangkan kegoyahan dirinya yang menjawat jawatan sebagai setiausaha agung dalam pertubuhan yang paling elit dan berkuasa di dunia itu. Pembawaan karakter itu juga disifatkan memudahkan beliau senang ‘dibuli’ oleh Amerika Syarikat (AS).

Ada pendapat menyatakan, tingkah laku Ki-moon sama seperti mantan setiausaha agung yang lain seperti Kofi Annan, Boutros Boutros Ghali dan U Thant.

Selain memerlukan seseorang yang memiliki ciri-ciri sebegitu, Majlis Keselamatan PBB yang berkuasa membuat pelantikan juga memerlukan seseorang yang tidak begitu popular, tidak lantang bersuara, pasif atau dalam erti kata lain, tidak radikal.

Bagaimanapun, peranan yang dimainkan oleh seorang setiausaha agung bukan calang-calang.

Menggalas jawatan paling elit dalam badan dunia itu, setiap pemimpin harus memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbir operasi keamanan dan mengatur persidangan antarabangsa.

Di sebalik kemegahan posisi elit itu, seorang Setiausaha Agung PBB juga perlu bersiap siaga dengan ancaman keselamatan. Mereka juga tidak lari daripada berterusan dikecam oleh ahli anggota yang lain.

“Tugas itu bukan mudah,” kata Ki-moon kepada AP.

Memang benar seperti yang diungkapkannya. Setahun selepas dilantik, Ki-moon sudah tidak disenangi. Ketika mengambil bahagian dalam sidang media di Baghdad pada 22 Mac 2007, satu serangan mortar mengenai tempat yang berhampiran dengan kedudukan Ki-moon yang ketika itu sedang berdiri.

Insiden itu sememangnya menakutkannya. Bagaimana pun, beliau tidak serik apabila bersetuju untuk menjawat jawatan itu sekali lagi untuk penggal kedua yang berakhir pada 2016.

Telunjuk AS

PBB yang merupakan entiti yang signifikan untuk mendamaikan dunia dikatakan sudah tergelincir daripada landasannya. Dunia berpendapat, PBB tidak dapat menjalankan tugas itu jika sesuatu isu yang timbul melibatkan kepentingan AS dan sekutu kuatnya Israel.

Senario itu sangat bersangkut-paut dengan peranan seorang Setiausaha Agung PBB yang juga bertindak sebagai Ketua Sekretariat dalam badan eksekutif PBB.

Selaku orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian diplomatik, mereka dianggap lemah dan acapkali mengikut telunjuk AS.

Hak veto yang dipunyai oleh AS dan sikap berdiam diri negara kuasa veto yang lain menyebabkan segala resolusi yang diputuskan lebur begitu sahaja. Hal itu sekali gus memperlihatkan badan dunia itu sudah tidak berbisa lagi.

Pentadbiran Annan dan Ki-moon menyaksikan kedua-duanya berada dalam dunia selepas era perang dingin yang sebelum ini dunia terbahagi antara blok Barat dan komunis.

Bagaimanapun dengan keruntuhan Soviet Union, AS telah menjadi kuasa tunggal yang kini masih berdiri dan mencorakkan globalisasi.

Biarpun PBB telah wujud sejak 1946, banyak masalah dan konflik lama masih berterusan dan kini diwariskan kepada Setiausaha-Setiausaha Agung itu.

Yang paling ketara pastinya masalah seperti kemiskinan di benua Afrika, konflik di Palestin-Israel dan hubungan tegang antara India dan Pakistan termasuk masalah demokrasi di Myanmar.

Terkini, cabaran Ki-moon lebih besar apabila berlaku gelombang revolusi negara-negara Asia Barat yang berterusan hingga kini.


PBB sering dicemuh dunia kerana pada kebanyakan masa gagal memperjuangkan nasib penduduk yang ditindas oleh negara maju terutama AS dan proksinya.


Tidak kira sama ada Annan atau Ki-moon, kedua-duanya dikatakan begitu lemah sekali membuat reaksi yang lebih tegas. Jadi, tidak hairanlah mereka sentiasa diselar dan dilabelkan sebagai boneka AS.

Sebagai rakyat Asia yang kaya dengan adab dan ketimuran, pendirian Ki-moon tentang golongan homeseksual baru-baru ini sangat mengecewakan masyarakat antarabangsa terutama orang Asia.

Beliau antara lain mengeluarkan kenyataan supaya pemerintah di rantau Afrika menghormati hak golongan itu.

Ya, memang benar impian Ki-moon untuk bergelar seorang diplomat selepas beliau berjumpa dengan mantan Presiden AS, John F. Kennedy di Rumah Putih pada 40 tahun yang lalu sudah menjadi kenyataan. Namun, beliau harus memikirkan semula formasi dirinya termasuk prinsipnya sebagai pemimpin.

Janjinya untuk melaksanakan perubahan dan memperbaiki imej PBB bagaikan hangat-hangat tahi ayam.

Bagaimana Ki-moon mahu generasi muda membesar dengan imej PBB jika beliau sendiri tidak berubah?

Sajian pasta dalam menu tradisi



SEBAIK minyak di dalam kuali sudah dipanaskan dengan suhu yang sesuai, Master Chef Rossham Rusli segera memasukkan bahan-bahan kisar yang terdiri daripada lima ulas bawang merah, dua ulas bawang putih, setangkai serai, satu sudu serbuk belacan dan tiga sudu besar cili boh.

Bahan tersebut terus dikacau sehingga aroma harum sambal yang dimasak mula memenuhi ruang dapur tersebut. Sejurus kemudian, dia mengambil hirisan bawang merah, ikan bilis, kacang dan tempe yang telah siap digoreng untuk dicampur bersama bahan di dalam kuali.

Tidak ketinggalan, semangkuk pasta spiral daripada jenama San Remo turut digaul bersama. Tangannya terus ligat mengacau bahan-bahan tersebut hingga sebati sambil menambah perahan air limau nipis, sedikit air, gula dan garam.

Dalam tempoh kurang 20 minit waktu memasak, semangkuk tumis sambal ikan bilis bersama kacang, tempe dan paling istimewa, pasta spiral sedia untuk dinikmati.

“Menu ini amat sesuai untuk dihidang ketika minum petang. Ia merupakan salah satu daripada 30 resipi berasaskan pasta yang saya hasilkan melalui adaptasi dengan masakan tempatan. Ini juga resipi kegemaran saya.

“Tumis sambal ikan bilis bersama tempe, tauhu dan pasta spiral sesuai dinikmati oleh semua golongan dan boleh dihidang tanpa mengira waktu.

“Selain itu, resipi ini menepati aspek terma kulinari Malaysia iaitu masak sambal asas cili yang sinonim dengan nasi lemak, makanan kegemaran ramai,” ujar Chef Rossham ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Inovasi pasta dalam sajian tradisi masyarakat di Malaysia mula dihasilkan oleh Chef Rossham tahun lalu. Berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam bidang kulinari dan kini berkhidmat sebagai Ketua Chef di Berjaya University Collage of Hospitality, resipi tersebut dicipta menerusi kerjasama dengan GBA Corporation, pengimport tunggal pasta jenama San Remo di Malaysia.

Keseimbangan

Penghasilan resipi pasta dengan masakan tradisi merupakan idea pihak GBA Corporation. Pada mulanya, mereka telah mengenal pasti chef-chef yang serius dalam penyediaan hidangan makanan Malaysia dan Chef Rossham terpilih berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya.


CHEF ROSSHAM (dua dari kanan) senang berkongsi kemahiran dan resipinya dengan ramai chef lain dari seluruh dunia.


“Sejak itu, saya mula menganalisis produk pasta San Remo berdasarkan keseimbangan dalam makanan Malaysia. Terdapat beberapa aspek yang perlu dikenal pasti sebelum sesuatu resipi itu boleh dihasilkan.

“Ini termasuklah penyesuaian menggunakan bahan-bahan yang ada, keseimbangan dalam cara penyediaan makanan dan masakan, proses penyediaan yang mudah dan praktik, mengenal pasti ramuan yang sesuai, impak nutrisi kepada semua golongan dan mengenal pasti saiz dan bentuk pasta dalam menu Malaysia,” jelas Chef Rossham yang juga Timbalan Presiden Persatuan Chef-Chef Malaysia.

Akhirnya dalam tempoh sebulan, Chef Rossham berjaya mencipta 30 resipi istimewa berkenaan yang bukan sahaja lazat malah berkhasiat.

Antaranya ialah seperti kerabu daging fettuccine, sup lala pindang bersama pasta elbow, beriani makaroni makanan laut, laksa Sarawak vermicelli, spageti ayam paprik dan salad ikan bilis ala Melayu.

Ditanya apakah cabaran yang dihadapi dalam proses penghasilan resipi tersebut, Chef Rossham berkata: “Cabaran memang ada terutamanya sewaktu prosedur mengenal pasti bentuk serta saiz pasta dengan masakan Malaysia yang perlu mengikut nutrisi yang betul dan sempurna. Proses sukatan pasta dengan makanan yang digabungkan juga perlu diambil kira.”

Promosi masakan

Melalui adaptasi pasta ke dalam resipi masakan tempatan, ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan masakan Malaysia di luar negara. Terbaru, Chef Rossham telah mengikuti program mempromosi masakan Malaysia di New York, Amerika Syarikat sekali gus berpeluang menunjukkan resipi istimewanya kepada pengunjung di sana.

Berkongsi pengalaman, Chef Rossham menyatakan kita perlu hormat kepada setiap jenis makanan yang ada di dunia ini. Sejarah dan budaya di sesebuah negara dapat dikenali melaluinya.

“Tujuan saya adalah untuk memberi pengetahuan atau didikan tentang masakan Malaysia yang disediakan di luar negara serta keaslian sesuatu makanan itu.

“Justeru, di New York, saya berpeluang berkongsi ilmu dengan chef-chef lain mengenai makanan Malaysia menggunakan bahan-bahan yang ada di negara tersebut.

“Sebagai contoh, jika mahu membuat mi goreng mamak, agak sukar untuk mendapatkan mi kuning seperti yang ada di negara kita. Oleh itu, saya gantikan pasta spageti sebagai alternatif. Bagi resipi kari laksa nyonya, saya menggunakan pasta angel hair manakala untuk char kuetiau pula, saya memilih pasta fettuccine,” terangnya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Unit Perkhidmatan Makanan, Majlis Sukan Negara (MSN), Sahazliza Sahid Abdullah berkata, pasta dihasilkan daripada gandum yang berserat tinggi dan ia dikategorikan sebagai sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga utama kepada tubuh badan seseorang seperti yang dibekalkan oleh hidangan berkanji lain seperti nasi, mi, laksa, roti dan ubi-ubian.


CHEF ROSSHAM menunjukkan cara-cara menyiapkan salah satu daripada hidangan pasta istimewanya.


Cuma, perbezaan pasta dan sumber karbohidrat lain ialah indeks glisemik (GI) iaitu skala pertukaran sumber karbohidrat ke bentuk tenaga (gula). Kandungan serat yang tinggi di dalam sumber karbohidrat menurunkan nilai GI. Semakin rendah nilai GI adalah semakin baik sumber karbohidrat tersebut.

“Nilai GI pasta bervariasi dari kadar rendah ke sederhana iaitu di antara 43 hingga 61. Ini bermakna tubuh badan kita menghadam pasta secara perlahan-lahan dan membebaskan tenaga secara sedikit demi sedikit tanpa menyebabkan peningkatan paras glukosa darah secara mendadak.

“Namun begitu, pasta perlu dimasak secara al-dente (tidak terlalu masak) untuk menjamin kebaikannya. Jika terlebih masak, ia akan memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber karbohidrat ditukar ke bentuk tenaga dengan lebih cepat,” jelas Sahazliza lebih lanjut.

Mengenali ramuan spa Tanamera


PELBAGAI pilihan wangian untuk rawatan spa buat pelanggan yang berkunjung ke tapak pameran di Pasar Seni baru-baru ini.


SUDAH menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu, setiap wanita yang baru bergelar ibu perlu menjalani rawatan selepas bersalin. Rawatan-rawatan seperti makan jamu, bertangas, bertengku, berbengkung dan berurut sudah sinonim sejak dahulu lagi.

Kesemua itu untuk memulihkan semula kesihatan seorang ibu baik dari segi rohani mahupun fizikal. Malah, rawatan itu sememangnya perlu diamalkan kerana proses bersalin menuntut tenaga yang banyak.

Menyedari hakikat kepentingan penjagaan diri selepas bersalin, kini terdapat pelbagai syarikat menawarkan set bersalin, bahkan turut terdapat produk antarabangsa di pasaran.

Namun, mungkin ramai akan tertanya-tanya mengenai produk mana yang terbaik terutamanya dalam kalangan ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Oleh itu, syarikat pengedaran rangkaian produk spa, Tanamera membuka tapak pameran di Pasar Seni, Kuala Lumpur dengan mempamerkan pelbagai produk berkaitan penjagaan selepas bersalin dan rawatan spa untuk memberi peluang kepada orang ramai mencuba dan mengetahui mengenai produk tersebut secara lebih dekat.

Antara produk yang terdapat dalam pameran itu ialah set bersalin, sabun, pelembap badan, pencuci muka dan badan, minyak urut, skrub badan serta pelbagai barangan yang berkaitan dengan mandian spa.

Bahan semula jadi

Pengarah Urusan Tanamera Tropikal Spa, Mohamad Faisal Ahmad Fadzil berkata, 100 peratus kesemua kandungan produk tersebut daripada bahan semula jadi.

“Ia merangkumi pelbagai rangkaian produk unik yang bebas daripada bahan kimia, pengawet, pewangi dan pewarna sintetik,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Tanamera sudah beroperasi lapan tahun sebagai pembekal dan pengedar melalui rangkaian peruncitan di pusat jualan seluruh negara termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tanamera juga mempunyai pusat spa yang berasaskan rawatan tradisional Melayu.

Mengulas lanjut mengenai produk yang telah telah menembusi pasaran luar negara, Mohamad Faisal berkata, kebanyakan produk adalah untuk tujuan eksport, tetapi pada masa sama Tanamera mula mendapat perhatian pasaran tempatan.


KAKITANGAN Tanamera sedia menjawab pelbagai soalan oleh pengunjung.


Dalam pada itu, pelakon dan pengacara televisyen, Serina Redzuan memberitahu, dia antara pengguna set bersalin Tanamera yang dibeli pada harga RM400.

Tutur ibu kepada dua cahaya mata itu, set yang telah digunakan ketika mengandungkan anak keduanya banyak membantu dia menurunkan berat badan.

“Jika dibandingkan dahulu, selepas melahirkan anak pertama badan saya naik secara mendadak, tetapi selepas menggunakan produk Tanamera badan saya tidak begitu gemuk,” dakwanya.

Berbicara lanjut mengenai set bersalin, beliau memberitahu, dalam set tersebut terdapat minyak kelapa dara Tanamera yang boleh disapu bahagian perut, paha dan payudara bagi mengelakkan regangan pada kulit.

“Produk-produk lain dalam set bersalin Tanamera yang dirumus khas semasa dalam pantang termasuklah herba pembersih wanita, herba mandian, bengkung, pilis, teh herba dan lulur,” ujarnya lagi.

Dalam pameran tersebut, pelbagai aktiviti sampingan dijalankan untuk para pengunjung seperti seni pasir, silap mata, bengkel sains, lukisan muka dan persembahan badut.

Semua produk Tanamera pada hari itu dijual pada harga istimewa dengan diskaun sehingga 40 peratus.

Bertih jagung ada antioksida




Bertih jagung dikatakan antara makanan ringan yang baik untuk kesihatan kerana mengandungi lebih banyak bahan antioksida yang dipanggil folifenol daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut Profesor kimia di Universiti Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, Dr. Joe Vinson, folifenol ialah sejenis antioksida tumbuhan yang membantu mencegah radikal bebas di dalam tubuh.

Apa yang lebih mengejutkan, para penyelidik memberitahu bahagian atas bertih jagung yang tidak digemari orang ramai kerana mudah terperangkap di celah gigi-gigi sebenarnya mengandungi kepekatan tertinggi folifenol dan serat.

Begitupun, Vinson menjelaskan bertih jagung tidak boleh menggantikan buah-buahan dan sayur-sayuran segar memandangkan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi tidak wujud dalam bertih jagung.

Sokongan untuk Special Olympics

KANAK-KANAK ini gembira apabila dapat bergambar dengan badut ketika majlis pelancaran kempen meraih dana di Taman Jaya, Petaling Jaya baru-baru ini.


KADANGKALA satu-satunya perkara yang diperlukan oleh seseorang itu adalah peluang. Peluang yang boleh meningkatkan keyakinan diri yang membawa kepada kejayaan. Bagi mereka yang kurang upaya intelektual, Special Olympics amat dihargai oleh mereka kerana ia adalah tempat untuk mereka menemui kejayaan, kebahagiaan dan persahabatan melalui sukan.

Cerita-cerita yang menyentuh jiwa mengenai transformasi positif kanak-kanak kurang upaya telah memberi inspirasi kepada dua syarikat prihatin, Procter & Gamble (P&G) dan Tesco untuk melancarkan kempen meraih dana bagi membantu badan bukan kerajaan tersebut baru-baru ini.

Matlamat kempen tersebut adalah untuk mengumpulkan RM100,000 untuk Special Olympics dalam kempen yang berlangsung selama dua bulan.

Pelanggan yang berhasrat untuk membantu boleh membeli produk P&G yang mengambil bahagian di semua pasar raya Tesco di seluruh negara, termasuk jenama harian seperti Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Olay, Gillette, Oral-B, Downy, Ambi Pur, Febreze, Dynamo dan Fab.

"Sepanjang usaha kami membantu kanak-kanak istimewa sejak saban tahun, P&G percaya apa yang amat mereka perlukan adalah sokongan dan galakan untuk hidup, belajar dan berjaya.

"Kami amat berterima kasih kepada Tesco kerana sudi menjadi rakan kami dalam menyebarkan mesej penerimaan, penyertaan dan hormat terhadap golongan kurang upaya intelektual kepada pelanggan di seluruh negara," kata Ellie Xie, Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura.

Capai impian

Tambahnya, dengan membantu Special Olympics menyediakan latihan dan peluang untuk bertanding, pihaknya juga membuka jalan kepada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka membesar menjadi individu yang berkeyakinan dan mencapai impian mereka.

"Sebagai seorang ibu, saya faham hal yang dilalui oleh setiap ibu untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Kempen ini juga untuk menghargai usaha ibu-ibu yang merupakan wira sebenar," tambah Ellie.

P&G, melalui program tanggungjawab sosial korporatnya, Open Minds telah menyentuh kehidupan lebih daripada 9,000 kanak-kanak kurang upaya setakat ini.

Bersempena pelancaran kempen tersebut baru-baru ini, sebuah sesi senaman amal telah diadakan di Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor disertai oleh lebih daripada 200 orang peserta.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah selebriti Fauziah Latiff dan juga wakil media yang datang untuk memberi sokongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, SungHwan Do yang turut hadir ketika majlis pelancaran tersebut berbangga kerana menjadi sebahagian daripada usaha murni itu untuk menyatukan masyarakat, tanpa mengira kekurangan atau kelebihan yang ada pada diri mereka.

"Kami berharap agar kami dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai lagi tatkala kami meneruskan usaha ini.

"Bagi menggalakkan lebih banyak sokongan, dengan setiap pembelian barangan P&G yang mengambil bahagian, pelanggan juga akan menikmati dua mata ganjaran ClubCard," ujarnya.

Perubahan hidup


P&G MALAYSIA dan Tesco Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen kutipan dana seluruh negara bagi membantu atlet Special Olympics Malaysia bagi merealisasikan impian mereka.


Sementara itu, Pengerusi Special Olympics Malaysia, Datuk Muhammad Feisol Hassan menyanjung usaha P&G dan Tesco kerana menganjurkan kempen itu.

"Setiap atlet yang kami uruskan mengalami perubahan dalam kehidupan mereka hanya dengan kuasa sukan.

"Matlamat kami di Special Olympics adalah untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik, lebih sihat dan lebih menyeronokkan. Satu atlet, satu sukarelawan dan satu ahli keluarga pada satu-satu masa," katanya.

Muhammad Feisol menjelaskan, atlet Special Olympics adalah unik kerana mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya intelektual.

"Mereka berbeza kerana mereka mungkin belajar kemahiran baharu dengan perlahan atau mungkin tidak dapat memahami idea yang boleh difahami dengan mudah oleh orang lain. Tetapi, mesej kami sejak lebih 43 tahun lalu adalah golongan kurang upaya intelektual ini boleh berjaya dan akan berjaya jika diberi peluang," tegasnya.

Polis hanya jalankan tugas


POLIS yang secara umumnya bersifat lebih autokratik, tidak terbuka dan konservatif mempunyai sebab untuk berkelakuan demikian.


TAHNIAH kepada pasukan polis kita yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-205. Ia satu kejayaan besar yang menunjukkan usaha pasukan polis membantu mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.

Bagaimanapun, sesuai dengan perubahan zaman, tentulah juga cabaran yang dihadapi oleh anggota polis juga kian mencabar, khususnya apabila berlakunya peningkatan jumlah penduduk dan pola perlakuan jenayah.

Di sebalik sumbangan yang dilakukan itu, bagaimanapun, ada sesekali terdapat kritikan terhadap anggota polis ketika mereka menjalankan tugas. Ini khususnya apabila berlaku salah laku atau kesilapan tertentu dalam menjalankan tugas tersebut.

Walaupun ada sesetengah kritikan tersebut mungkin dapat diterima, tetapi bukanlah pula bermakna kritikan yang dilontarkan itu selalunya betul. Ada ketikanya, ahli masyarakat juga membuat pertimbangan berasaskan kepada hujah emosi lebih dibandingkan dengan pertimbangan rasional.

Dalam kalangan masyarakat awam, tentu tidak ramai yang pernah mendengar mengenai istilah 'personaliti polis'.

Autoriti

Personaliti ini hanya spesifik dengan pekerjaan polis dan tidak ada dalam pekerjaan lain. Personaliti polis ini penting untuk diketahui oleh ahli masyarakat bagi membolehkan kita bersifat lebih adil apabila menilai prestasi anggota polis.

Personaliti polis merujuk kepada autoriti (patuh kepada arahan) dan bahaya (berasa tidak selamat). Kepatuhan kepada arahan ini penting kerana peranan polis itu sendiri sebagai penegak undang-undang.

Keduanya, mereka juga sentiasa berhadapan dengan bahaya dan perasaan tidak selamat. Ia bukan hanya pada waktu kerja. Di luar waktu kerja pun mereka berasa tidak selamat.

Bagi memenuhi sifat kerja itu (penegak undang-undang dan hidup dalam bahaya), mereka sentiasa menjadi manusia yang curiga (suspicious). Kecurigaan ini bukanlah hal tidak baik. Anggota polis yang cekap perlu sentiasa menjadi manusia yang curiga.

Kalau semua orang dilihat sebagai orang baik, sukar untuk mereka menegakkan undang-undang. Curiga juga merujuk kepada situasi dan tempat. Sifat suspicious ini mungkin tidak diperlukan dalam pekerjaan lain.

Selain curiga, polis juga dikatakan lebih autokratik, tidak terbuka dan konservatif. Mereka tidak mudah menerima pandangan orang lain. Ia mungkin logik.

Kalau semua anggota polis bertingkah laku seperti pekerja khidmat sosial yang hanya tersenyum berhadapan dengan orang ramai, tidak ada orang yang akan takut pada mereka. Bahkan, perompak juga akan menyamun setiap minit di hadapan mata.

Terkait dengan sifat curiga itu ialah cues atau isyarat bagi mengenal pasti orang yang bersalah. Bahasa tubuh biasanya diguna pakai oleh banyak anggota polis di seluruh dunia.

Ia banyak diguna pakai dalam penyiasatan. Di Amerika, anggota polis mengenal pasti pesalah dadah dengan menggunakan kaedah ini di jalan raya.

Bahasa tubuh ini juga digunakan oleh orang awam dalam menilai manusia. Bagaimanapun, kita mungkin tidak begitu terlatih.

Bertindak

Sebab itulah, kita dapati ada anggota polis bertindak secara melampau dalam menghadapi situasi tertentu. Ini kerana adakalanya dalam hal-hal tertentu, ada peristiwa atau individu yang telah melengkapkan kecurigaan tadi.

Beberapa tahun dulu, seorang pelajar lelaki telah ditembak anggota polis pada waktu dinihari, walaupun pelajar tersebut kemudiannya didapati bukan seorang penjenayah.

Pelajar tadi mungkin tidak mengalami pengalaman ngeri seperti itu kalau dia melalui jalan tersebut di siang hari.

Melalui kawasan yang dikatakan berlakunya banyak jenayah pada waktu dinihari pula, akan melengkapkan rasa curiga tadi. Peristiwa itu juga mungkin tidak berlaku kalau dia menaiki motosikal dan bukan kereta.

Begitu juga dalam kes-kes lain, misalnya menangani demonstrasi orang awam. Adakalanya ada anggota polis yang melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan ahli masyarakat. Ada kemungkinannya mereka terdorong oleh rasa curiga dan perasaan tidak selamat tadi. Semuanya bertitik-tolak daripada personaliti unik yang dibentuk sepanjang mereka menjadi anggota polis.

Sebagai kakitangan awam yang diberikan kuasa dan senjata, mereka perlu lebih berhati-hati. Salah tanggap dalam menilai bahasa tubuh, atau mentafsir petunjuk (cues) boleh menyebabkan kejadian tidak diingini.

Sebagai orang awam pula, kita juga perlu lebih adil walaupun ada hal yang mungkin kita tidak setuju kerana kecurigaan itu merujuk juga kepada situasi, masa dan tempat. Adakalanya, polis sebagai manusia biasa, mungkin juga tersalah mengambil tindakan.

Ada petunjuk-petunjuk tertentu mungkin melengkapkan penafsiran bahawa seseorang itu mungkin seorang penjenayah, walaupun mereka mungkin tidak langsung berniat untuk melakukan yang lebih daripada yang sepatutnya.

Kita semua, polis dan ahli masyarakat mesti saling bekerjasama dan memahami antara satu sama lain.

Selamat Hari Polis kita ucapkan kepada semua anggota polis.

Thursday, March 29, 2012

Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri

Fouziah Gous

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.

Aktres berusia 29 tahun ini berkata hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.

"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.

"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini," katanya secara eksklusif kepada mStar Online, di sini, petang Rabu.

Diminta mengulas mengenai kelibat mereka yang dilihat pada beberapa acara hiburan kebelakangan ini, Fouziah berkata tiada apa yang perlu disembunyikan jika dia memang berkawan rapat dengan seseorang.

"Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.

"Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain," katanya.

Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah.

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media.

Terbaru, Fouziah bakal memulakan penggambaran blok kedua drama bersiri Trilogi Cinta musim kedua di TV1.

Liyana Jasmay & Fathuddin Nikah 24 Januari 2013

Liyana Jasmay dan Fathuddin selamat bertunang pada malam Rabu.

KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013.

Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.

Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.

"Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.

Wajah-wajah bahagia.

"Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri," katanya selepas majlis pertunangan tersebut.

Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu.

Ibu kepada pihak lelaki Jamilah A Rahman (kiri) bersama ibu pihak perempuan Datin Habsah Simpul (paling kanan) bergambar selepas majlis pertunangan Liyana dan Fathuddin.

"Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor," ujarnya.

Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Farish Aziz dan Tam.

Fathuddin merupakan seorang ahli perniagaan.