Monday, October 22, 2012

Zainefer pikat hati pesakit

AWAK jururawat atau pramugari?" Itu antara usikan yang pernah Zainefer Edlen Zainal Abidin, 26, terima. Bukan sekadar mempunyai rupa paras yang cantik, jururawat muda ini tidak pernah lokek dengan senyuman.Tidak hairanlah pesakit yang dijaga boleh mengajukan soalan demikian.
Berkongsi cerita tentang kerjaya, Zainefer mengakui tugasnya sebagai jururawat dewan bedah sangat mencabar.
"Saya berperanan menjaga dan menyiapkan pesakit sebelum dimasukkan ke dalam dewan bedah. Misalnya, membersihkan luka pesakit yang parah akibat kemalangan sebelum pembedahan," ujar bekas pelajar Kolej Antarabangsa KPJ ini.
Wanita kelahiran Johor ini turut menjadikan model sebagai kerjaya kedua.
Sungguhpun ligat di pentas peragaan, Zainefer tetap mahu dikenali sebagai jururawat.
"Model dan fotografi hanya sekadar hobi. Tanggungjawab saya lebih pada kerjaya jururawat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: