Namun, tugas jururawat tidaklah semudah yang disangka. Bukan sekadar menyediakan ubat dan membantu doktor merawati pesakit.
Ujar Husnahayah yang mesra dipanggil Una, kesabaran yang tinggi adalah sifat terpenting dalam kerjaya sebagai seorang jururawat.
Antara cabarannya apabila berhadapan dengan pesakit yang mempunya pelbagai masalah, penyakit dan juga perangai.
Bila seseorang itu sakit, pelbagai perangai yang keluar dan ada yang dalam keadaan mereka tidak sedar.
Kita perlu banyak bersabar dengan memahami situasi mereka dan memberikan bantuan terbaik untuk membuat mereka rasa selesa," ujar pemilik Diploma Kejururawatan dari Kolej Universiti Mahsa.
Cerita Una, dia memilih bidang tersebut kerana minat yang tinggi untuk menolong orang serta dapat membantu keluarga ketika mereka sakit.
Peragaan
Menurut gadis berbintang Gemini ini, kehadirannya dalam bidang peragaan sekadar aktiviti sambilan.
Namun, dia mahu serius melakukannya dengan menimba pengalaman sebanyak yang mungkin.
Pada mulanya, saya ingat menjadi peragawati suatu yang senang, hanya perlu bergaya di hadapan kamera.
Pertama kali melakukannya, baru saya tahu ia amat susah dalam memberikan gaya dan ekspresi muka," ceritanya yang sentiasa mengamalkan meminum segelas air suam setiap kali bangun tidur sebagai rutin penjagaan tubuh badan.
Anak sulung daripada empat beradik ini turut berkongsi rahsia penjagaan badannya dengan tidak mengamalkan makanan berat pada waktu malam serta mengurangkan makanan berminyak, manis dan berlemak.
Dari segi berfesyen pula, Una gemar memerhati orang sekeliling ketika berada di pusat beli-belah.
Dia mendapat inspirasi berfesyen daripada pemerhatian sekelilingnya selain majalah dan Internet.
Hasil pemerhatiannya, dia akan mengadaptasikan menjadi gayanya sendiri yang bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: