Monday, October 22, 2012

Keindahan seni pastri

Tat dan pastri digubah menjadi hamper untuk dihadiahkan kepada rakan atau saudara mara.
NAMUN kesemua kesusahan tersebut boleh diatasi sekiranya berusaha untuk belajar dan tidak malu bertanya sebagaimana dilakukan oleh Siti Zahrah Mat Zain, 37.
Jika sebelum ini sekadar berniaga coklat secara dalam talian, tetapi dalam usaha mengembangkan serta mempelbagaikan lagi produk perniagaannya, beliau sanggup mengikuti kelas membuat tat berbentuk buah dan bakul pastri.
Mengakui tidak mempunyai kemahiran menghasilkan dua produk baru itu, Siti Zahrah atau lebih mesra disapa Arah tetap berpuas hati apabila apa yang dipelajari mampu dihasilkan seterusnya menerima tempahan daripada pelanggan.
"Jika dilihat sebelum ini pun penglibatan saya dalam pembuatan coklat juga bermula daripada kosong.
"Disebabkan keinginan untuk belajar begitu tinggi seterusnya merancang untuk mengusahakan perniagaan sendiri, saya sanggup menghadiri kelas-kelas membuat coklat.
"Begitu juga dengan bakul pastri dan tat nanas berbentuk buah di mana saya tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk membuat kedua-dua produk ini, tetapi disebabkan ingin memberikan sesuatu yang baharu buat pelanggan, saya berusaha mempelajarinya," ujarnya ketika ditemui di kediamannya yang juga merupakan premis perniagaannya di Bukit Jalil.
Hari ini, sekiranya melayari blog Siti Zaharah, anda dapat melihat sendiri pelbagai reka bentuk tat nanas berbentuk buah selain bakul pastri buatannya yang cukup menarik.
Antara tat nanas berbentuk buah yang ditampilkan ialah lemon, strawberi, limau, pear, epal dan manggis.
Tambah menarik, tat nanas berbentuk buah itu turut dihasilkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik dalam usaha 'menghidupkan' tat tersebut.
Bahagian pastri pula, menurut Arah setakat ini beliau hanya mempelajari membuat bakul tetapi sebenarnya ada bentuk lain iaitu udang kara dan sebagainya.
Begitupun ulas Arah untuk menghasilkan bentuk udang kara bukan mudah.
Mengulas lanjut mengenai produk bakul pastrinya itu, Arah memberitahu bahawa bakul pastri yang dihasilkan boleh tanpa tangkai ataupun bertangkai.
Setelah adunan dibancuh seterusnya dianyam mengikut acuan menjadi bakul, ia kemudiannya perlu dibakar antara dua hingga tiga jam bagi menghasilkan bakul yang betul-betul keras.
Bakul-bakul pastri itu boleh dihiasi dengan biskut, gula-gula, buah-buahan dan pelbagai lagi mengikut cita rasa tersendiri manakala yang berbentuk udang kara lazimnya berintikan serunding.
Begitu juga dengan tat nanas berbentuk buah. Walaupun pada dasarnya ia mudah tetapi untuk menjadikan adunan seperti buah-buahan sebenarnya memerlukan kesabaran dan kemahiran tetapi hasilnya amat memuaskan hati.
Tat nanas berbentuk buah ini selain boleh dijadikan hidangan pada apa jua majlis, kedua-dua produk ini juga boleh dijadikan hantaran pertunangan mahupun perkahwinan.
Tambah Arah, pembuatan biskut, coklat dan pastri hari ini juga tidak terkecuali daripada mengikut trend terkini kerana selain memerlukan kreativiti dalam menghasilkannya, ia juga tidak lari daripada perkembangan teknologi semasa.
Hari ini kesemua produk Arah dipasarkan di bawah Arahchocolate & Bakery melalui blognya arahchocolate.blogspot.com
Bagi mereka yang berminat sama ada untuk menempah bakul pastri, tat nanas berbentuk buah ataupun coklat mahupun menghadiri kelas yang dianjurkan Arah, anda boleh layari blognya atau hubunginya di talian 013-3692824.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: