Monday, October 22, 2012

Kaftan Meesha Sukira

Gabungan warna terang membuatkan kaftan lebih menawan.
IMEJ kaftan atau baju 'kelawar' sebagai baju basahan di rumah sudah jauh ditinggalkan, sebaliknya menjadi busana elegan melalui suntikan-suntikan glamor, mewah dan eksklusif.
Ringkas dan menawan dengan motif batik dengan penggunaan fabrik lembut, membuatkan koleksi kaftan Meesha Sukira cukup istimewa dan tersendiri.
Rekaan yang diilhamkan daripada batik lukis tangan ini tidak perlu disangkal lagi kecantikan dan kehalusan seninya apatah lagi dengan gabungan potongan moden dan kontemporari.
Kaftan yang diperbuat dengan batik menggunakan hiasan dan corak alam flora bukan sahaja sesuai digayakan untuk ke pejabat malah juga untuk ke acara rasmi dan aktiviti santai.
Pengarah Urusan Meesha Sukira, Michelle Lau Sook Yee berkata, fabrik kapas, syifon, dan sutera digunakan untuk rekaan kaftan pasti memberi keselesaan kepada si pemakai.
"Fabrik sutera dan kapas yang diimport dari China menjadi pilihan kerana kosnya murah tetapi fabriknya berkualiti.
"Kedua-dua fabrik ini sangat sesuai kerana permukaannya yang lembut dan menyerap peluh selain sesuai untuk dipakai dengan iklim seperti di Malaysia," katanya.
Tambah beliau, penggunaan warna yang menarik dan pelbagai juga menambahkan lagi keserian dan keindahan seni halus batik itu sendiri.
"Corak pada baju memainkan peranan penting. Sebab itulah setiap rekaan di Meesha Sukira menekankan konsep ringkas dan moden selari dengan perkembangan batik itu sendiri.
"Selari dengan pemilihan fabrik sedemikian, rekaan dan potongan yang diilhamkan juga mengikut cita rasa masyarakat moden hari ini.
Potongan busana juga tidak tertumpu kepada wanita tidak bertudung seperti potongan polos, dan blaus panjang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: