Sunday, October 21, 2012

Hati merah jambu Pink




SETELAH empat tahun tanpa album studio, Pink baru-baru ini tampil dengan album keenamnya. Pink muncul dengan gaya sendiri dan semua masih mengharapkan yang sama untuk album ini.
Untuk album The Truth About Love, Pink masih seorang yang berjaya dan bagus dalam lirik pop muziknya.
Dia menjadi dirinya yang kuat, tegar dan berani dalam penyampaian. Dia masih lagi penyampai nota rasa marah, wanita yang berdikari, pemberontakan dan tidak dilupakan, seks.
Permulaan dengan album Are We All We Are adalah sebuah intro yang kuat untuk mengingatkan kembali kepada kepada kekuatan vokal dan muzik Pink.
Di trak kedua, Pink mempersembahkan Blow Me (One Last Kiss) yang diangkat menjadi single pertama album ini. Sebuah lagu dengan pemberian kekuatan vokal Pink yang menyampaikan perihal kekuatan apabila ditinggalkan atau berhadapan hari yang menyedihkan. Motivasi cara dan beserta vokal Pink yang ada garau marahnya.
Untuk album ini Pink memanggil Eminem, Nate Reuss dan Lily Allen untuk menjadi penyeri. Just Give Me A Reason bersama Nate Reuss (vokalis Fun) adalah sebuah lagu yang sangat santai namun sebuah kombinasi yang unik. Lagu yang mengisahkan perihal pasangan bercinta yang cuba menjalinkan kembali hubungan mereka.
Eminem dan Pink bersatu untuk lagu Here Come The Weekend, mungkin tema untuk mereka yang sentiasa menantikan hujung minggu untuk berlibur. Kolaborasi Lily Allen dan Pink juga sebuah gandingan yang harmoni untuk True Love.
Walaupun menyampaikan tema cinta, Pink terus menjadi Pink. Dia mencernakan cinta dalam istilah kehidupan yang dilaluinya.
Dia bersikap sinikal tetapi Pink berbunyi jujur. Kerjasama dengan Greg Kurstin adalah satu kolaborasi yang menarik. Greg ialah individu yang terlibat dengan album-album penyanyi seperti Tegan and Sara, Red Hot Chili Peppers, Dido dan Sophie Ellis-Bextor.
Komen Sofia: Pink meneruskan perjuangan sebagai penyanyi yang jujur dan berjalan kerana seni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: