Monday, October 22, 2012

Gigi rabbit is married

.COM: Macam mana kehidupan setelah bergelar isteri?
IRINE: Berubah 360 darjah. Jika selama ini, saya hanya perlu memikirkan tentang diri sendiri sahaja tetapi sekarang saya perlu memikirkan untuk suami juga. Misalnya, kalau nak pergi makan, secara automatik saya akan terfikir keadaan suami. Malah, sekarang kalau nak keluar ke mana-manapun, saya perlu mendapatkan kebenaran daripada dia terlebih dahulu. Tapi yang seronok pula, nak ke mana-mana ada teman. Tak perlulah nak bergantung kepada orang lain lagi.
Apa yang membuatkan Irine bersetuju berkahwin pada usia muda?
Jujurnya, saya kagum dan terkejut dengan kesungguhan suami untuk bertemu ibu bapa saya bagi mendapatkan restu daripada mereka. Sedangkan ketika itu kami baru beberapa kali bertemu walaupun sudah berkenalan hampir tiga bulan di Facebook. Malah, dia tidak pernah declare tentang hubungan kami dan itulah yang menyebabkan saya yakin dia benar-benar ikhlas mahu berkahwin dengan saya.
Tidak menyesal ke kahwin awal?
Tentunya tidak. Walaupun saya tidak bebas seperti rakan-rakan sebaya lain, tapi saya masih boleh bersosial dengan suami tanpa sebarang kebimbangan. Saya tahu, pada usia inilah yang dikatakan remaja tengah naik. Keinginan memberontak itu tengah meluap-luap dan adakalanya, perangai keanak-anakkan saya itu tetap tidak dapat disembunyikan walaupun sudah bersuami. Tetapi, suami selalu berpesan supaya belajar mengawal perangai tersebut dan menjadi lebih matang agar bersesuaian dengan status baru saya ini. Biarpun susah, saya berusaha ke arah itu.
Boleh mengimbangi tanggungjawab terhadap suami dan pelajaran?
Walaupun baru tiga bulan kami berkahwin, saya tidak langsung berasa terbeban dengan tanggungjawab baru ini. Mungkin kerana saya bertuah mendapat pasangan yang memahami tentang status saya sebagai penuntut terutamanya ketika berada pada minggu peperiksaan. Malah, saya berasa beruntung kerana saya mempunyai 'cikgu' baru di rumah yang boleh membantu saya mengulangkaji pelajaran.
Ada masa nak menulis blog lagi?
Selain berfungsi sebagai personal blog, http://irinenadia.blogspot.com, blog itu juga sebenarnya adalah tapak perniagaan saya. Jadi, walau sibuk macam mana pun, saya tetap akan mengemaskini blog tersebut dari semasa ke semasa. Tambahan pula, saya sudah membina blog tersebut semenjak di tingkatan tiga dan bercerita di dalam blog bagaikan sudah menjadi tabiat saya. Oleh itu, pengikut-pengikut blog saya jangan bimbang kerana saya tetap akan bercerita dengan kalian seperti dahulu juga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: