Mel B telah menampar Simon Cowell gara-gara juri program X-Factor itu mengejeknya dengan gelaran gemuk. Contactmusic melaporkan, Melanie B atau lebih mesra disapa Mel B telah hilang sabar dengan ejekan Simon semasa menikmati makan malam bersama.
"Saya sudah beritahu jangan berkata begitu kepada saya tetapi dia tetap berbuat demikian dan saya terus hilang sabar dengan sikapnya itu," ujarnya.
Simon Cowell memang terkenal dengan kelancangan mulutnya. Namun kata Mel B, perasaan marah itu tidak lama dan hubungan mereka masih baik seperti biasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: