TUMPAS...Sharifuddin menunjukkan pistol dan parang yang ditemui dalam kereta dipandu Muhamad Azirywan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, ketua kumpulan KK Merah, Mohd Hairie Abdul Malik, 28, beralamat di Kampung Tebing Tinggi, Temerloh, masih diburu dan dipercayai dalang utama semua kegiatan jenayah kumpulan berkenaan.
“Polis kini masih memburu dua lagi ahli geng terbabit iaitu Mohd Hairie dan Mohd Ridzuan Khaidir, 22, yang alamatnya tidak dapat dipastikan,” katanya.
Sharifuddin berkata, pada jam 1.30 pagi, 7 Oktober lalu, polis menahan seorang daripada ahli geng terbabit, Mohamad Ashraf Nordin, 16, beralamat di Kampung Sungai Dingin, Batu 2, Jalan Temerloh, Temerloh.
“Dia ditahan di Jalan Panjang, Pekan Awah, Maran. Hasil siasatan lanjut terhadap suspek itu membolehkan polis mengenal pasti identiti anggota KK Merah. Suspek yang ditahan itu mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan samun berkawan bersenjata dan satu kes bunuh di Temerloh,” katanya.
Menurut Sharifuddin, Muhamad Azirywan yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang peniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Abdul Talib Yadin, 56, pada jam 2.30 pagi, 14 September lalu, mempunyai lapan rekod jenayah lampau, dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam beberapa siri rompakan bersenjata.
Apabila diarah berhenti, suspek memecut laju menghala ke dalam ladang sawit di Sanggang 1 dan 2 sebelum terbabas.
Sharifuddin berkata, turut ditemui di dalam kereta yang dinaiki Muhamad Azirywan ialah sepucuk pistol revolver .38 dengan tiga peluru hidup serta tiga kelongsong peluru dan satu komputer riba disyaki barang samun.
“Kami menemui ketulan mampat ganja dan sebilah parang di dalam kereta berkenaan. Semakan lanjut ke atas kenderaan digunakan suspek mendapati ia dicuri di Sungai Buloh, Selangor,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: