Sunday, October 21, 2012

Advertorial: Yakin diri sendiri

pix_middle
pix_topright
KEYAKINAN diri ketika berdepan dengan masyarakat sememangnya elemen penting yang perlu ada bagi setiap individu tidak kira sama ada masih bergelar pelajar mahupun sudah berkerjaya.
Membentuk keyakinan diri yang tinggi juga bukanlah satu perkara mudah kerana ia perlu menggabungkan pelbagai elemen antaranya keyakinan dalaman dan kecantikan luaran.
Seiring dengan matlamat untuk mencapai tahap keyakinan tinggi, Kotex mengambil inisiatif menganjurkan program Langkah Gadis Konfiden Harian Metro bagi membantu golongan wanita terutama remaja tampil yakin dalam menjalani kehidupan seharian.

Program jelajah yang diadakan buat julung kalinya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 25 September lalu dan terbaru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat pada 4 Oktober lalu mendapat tajaan utama Kotex.

Kira-kira 500 pelajar UTHM menyertai program terbabit dan ramai bersetuju produk Kotex® banyak membantu mereka menjalani kehidupan harian terutama dalam memberi keselesaan berterusan.

Antara program yang diadakan sepanjang program sehari di UTHM itu adalah ceramah motivasi disampaikan selebriti terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa selain kehadiran Nana AF1.

Didatangi dengan pelbagai jenis, produk Kotex khusus untuk tuala wanita selain liners sememangnya membantu wanita khususnya pelajar dalam menjalani rutin harian padat mereka.

Kotex Fresh Plus Liners, liners pertama yang terbukti melindungi V Zone anda.

Terdapat dalam tiga variasi, Kotex Fresh Plus Ultra V-Care terbukti menghalang pembiakan yis dan sebilangan bakteria semasa pengunaan*.

Untuk kulit sensitif, Kotex Fresh Plus Gentle Care adalah liners yang pertama dengan penyeimbang pH, diuji secara dermatologi terhadap alahan dan keradangan. Selain itu, Kotex Fresh Plus Design didatangkan dengan corak menarik penuh warna berserta bauan semulajadi yang lembut dan sensasi.

Penjagaan Zon-V amat penting dan perlu dijadikan rutin harian setiap wanita.

Tiga langkah mudah yang boleh dijadikan rutin:

Pertama, anda perlu kerap memeriksa zon-v! Dapatkan rawatan doktor jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena seperti bau atau lelehan pelik, bonjolan, haid tidak menentu, rasa sakit atau gatal.

Kedua, bersihkan zon-v. Elak gunakan bahan kimia atau wangian. Sebaliknya bersihkan dengan air suam dan gunakan sabun lembut.

Akhir sekali, lindungi zon-v anda dengan memakai seluar dalam kapas dan gunakan liners. Dan untuk pastikan ia sentiasa bersih, kering dan segar, jangan lupa menukarnya setiap 4 jam!

Pelajar jurusan elektrik, Noor Atiqah Che Rosely, 23, berkata, dia sudah sinonim dengan produk Kotex sejak mula memakai tuala wanita.

Menurutnya, dia yang mula mengenali produk jenama Kotex daripada ibunya, selesa dengan jenama tersebut yang didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut keperluan pemakaiannya.

"Saya yakin dengan Kotex dan tidak bercadang untuk menukar ke jenama lain kerana ia sangat membantu saya terutama ketika mempunyai jadual kelas yang padat," katanya.

Kebanyakan remaja yang ditemui dalam program Langkah Gadis Konfiden bersetuju bahawa dengan pemakaian Kotex® Fresh Plus Liners setiap hari dapat membantu dalam penjagaan V Zone mereka serta memberi perlindungan tambahan dalam mengawal pertumbuhan bakteria semasa penggunaan. Tidak lupa juga, dengan fungsi permukaan bebas bernafas dapat memberi keselesaan dan menjaga kebersihan sepanjang masa.

Carian Gadis Konfiden Kotex ini adalah sebahagian daripada kempen tahunan Revolusi Zon-V untuk seleksi liner, usaha berterusan bagi mendidik wanita muda dan beraspirasi supaya mereka dapat menjadikan penjagaan feminin sebagai rutin harian serta dapat menikmati kehidupan sepenuhnya.

Peraduan ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober dan untuk menyertainya, peserta hanya perlu mendaftar di Kotex@Facebook (www.facebook.com/iknowmovement), muatnaikkan ‘pose’ V yang paling kreatif dan beritahu kenapa mereka adalah Carian Gadis Konfiden Kotex.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http:/www.kotex.com.my.

*Tidak terbukti secara klinikal menghalang jangkitan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: