Azmi bersama air minuman sesuai untuk wanita.
Syarikat pengeluar air beralkali, Wadi Emas Sdn Bhd julung kalinya memperkenalkan produk pertama, Wadi Cypress setelah tujuh bulan berada di pasaran.
Pemiliknya, Azmi Mohd Ali berkata, air minuman itu menggabungkan ciri tradisional dan moden dalam penghasilan produk.
“Air ini mampu membersihkan organ dalaman kita dan berfungsi sebagai agen pembersih kerana meneutralkan keasidan dalam badan manusia.
“Kemujaraban air ini sesuai diminum golongan wanita yang mempunyai masalah peranakan,” katanya ketika Majlis Meraikan Anak Yatim serta Pelancaran Air Berkhasiat Wadi Cypress keluaran Wadi Emas, baru-baru ini.
Menurutnya, air Wadi Cypress juga mampu mengubati penyakit batu karang dengan menghancurkan ia dan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan.
Azmi berkata, air tersebut merupakan satu-satunya produk keluaran syarikatnya. Beliau kini giat mencari rakan niaga setelah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abd Razak berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat itu bagi memasarkan produk.
Beliau berkata, Wadi Emas salah satu syarikat pengeluar barangan halal Islam di bawah naungan PPIM.
“Syarikat ini rakan niaga PPIM dalam memasarkan air hasil penemuan dan kajian secara tradisional dan memodenkan pemprosesan air tersebut.
“Ternyata ciri unik yang terdapat dalam air ini membawa banyak kebaikan dan berkhasiat setelah beberapa bulan berada di pasaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: