SME Corps raikan anak yatim
Mustapa mencedok bubur lambuk sambil diperhatikan oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim dan Pengerusi Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid ketika majlis bebuka puasa.

SME Corp Malaysia mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan 40 anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih (Ralk) dan Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (Pemangkin).

SME dalam satu kenyataan berkata, syarikatnya akan membawa 100 lagi anak yatim untuk membeli-belah sempena Aidilfitri.

Aktiviti lain yang dijalankan adalah mengacau dan mengagihkan bubur lambuk.

Selain itu, sumbangan amal untuk membeli baju raya turut diberikan oleh SME Corps dan Hyrax Oil Sdn Bhd.

Anak-anak yatim turut menerima cenderahati berupa biskut dan barangan Upin Ipin yang ditaja oleh Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd dan Les’ Copaque Production Sdn Bhd.

Acara itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sebelum itu telah menghadiri dialog tertutup dengan 114 syarikat 1-InnoCERT di premis SME Corp.