Aminar (kanan) bersama wakil NGO, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan terpilih ketika menyampaikan sumbangan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatat 24,726 unit, jumlah rekod tempahan tertinggi sejak tujuh bulan pertama tahun ini. Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, model MyVi masih menjadi penyumbang besar tempahan Perodua pada masa ini.
“MyVi mencatatkan tempahan 11,000 unit, diikuti Viva 7,600 unit dan MPV Alza 6,150 unit.
“Perodua menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna Malaysia,” katanya pada sidang media Majlis Iftar Ramadan Perodua dan sumbangan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Katanya, rekod jualan kereta Perodua juga meningkat pada Julai mencecah 17,009 unit berbanding bulan sebelumnya.
“Sekali lagi MyVi muncul penyumbang terbesar dengan hasil jualan8,000 unit diikuti Viva, 5,045 dan Alza, 3,752 unit,” katanya. Perodua menguasai 39 peratus pasaran kenderaan penumpang di Malaysia.
Berdasarkan pencapaian ditunjukkan, Aminar berkata, Perodua yakin 188,000 unit sasaran jualan keseluruhantahun ini dicapai dengan mudah malah optimis melebihi jumlah itu.
Ditubuhkan pada 1993, Perodua mengekalkan kedudukan nombor satu dalam kalangan syarikat kereta untuk tahun keenam berturut-turut sejak tahun lalu.
Sementara itu, pada majlis berkenaan juga, Perodua turut menyumbang 13 unit model MyVi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan terpilih serta sumbangankepada institusi keagamaan sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial (CSR) mereka.
Perodua juga turut menyumbang RM3,000 kepada Maahad Tahfiz Nurul Iman, Serendah dan RM100 untuk setiap 22 pelajarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: