Thursday, August 9, 2012

Mesin kuih siput/rotan

Siri ketiga ruangan Inovasi ini menampilkan mesin untuk membuat kuih siput atau kuih rotan.

Jika dua siri sebelum ini yang menampilkan mesin kuih tart dan maruku , inovasi daripada Zull Design Autotronic (ZDA) diteruskan dengan mesin membuat kuih buah rotan dan siput yang dijangka mendapat sambutan.

Sekali pandang, ia kelihatan tidak banyak beza dengan mesin terdahulu kerana spesifikasinya hampir serupa.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba mesin berkenaan, mungkin inilah peluangnya untuk merasai sendiri pengalaman tersebut.

Ia sejajar dengan matlamat ZDA untuk membantu masyarakat terutamanya kepada usahawan dan bakal usahawan bagi industri kecil dan sederhana membangunkan perniagaan mereka menggunakan mesin automatik atau separa automatik bagi meningkatkan pengeluaran

Pada masa sama mesin kuih siput ini dihasilkan dengan penggunaan yang mesra pengguna dan mudah dikendalikan.

Hasrat ZDA hanyalah satu iaitu memberi satu peluang kepada pengusaha untuk memulakan perniagaan dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka.

Mesin kuih siput dan rotan itu mungkin menyerupai apa sedia ada di pasaran dan mungkin juga lebih mudah dikendalikan.

Penggunaan material tahan karat memberi jaminan bahawa produk yang dihasilkan lebih bersih dan selamat.

Mereka boleh membuat tempahan boleh menghubungi ZDA menerusi laman web www.zulldesign.com.my atau hubungi 012-7332066, 03-6092 1928 dan faks 03-60914000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: