
SHAH ALAM – Pos Malaysia menasihatkan orang ramai mengirimkan kad ucapan raya sebelum 13 Ogos bagi memastikan kad yang dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 19 Ogos ini.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pihaknya mempunyai tenaga kerja mencukupi bagi melicinkan pemprosesan penghantaran kad raya kesemua destinasi selain membekukan cuti pekerja bagi memastikan penghantaran kad ucapan dilakukan mengikut jadual.
“Bagi mereka yang menghantar kad ucapan raya selepas tarikh berkenaan (13 Ogos), bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana Pos Malaysia tetap akan memastikan ia sampai kepada penerima,” katanya kepada pemberita di Pusat Mel Nasional di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: