Thursday, August 9, 2012

Beach boy dalang proses dadah


NOOR RASHID bercakap pada sidang akhbar di George Town sambil memerhatikan sebahagian dadah yang dirampas daripada 11 suspek di Feringghi dan Bukit Mertajam semalam.


GEORGE TOWN - Tembelang sembilan budak pantai atau beach boy dan dua wanita yang menjadikan sebuah kondominium sebagai makmal untuk memproses dadah terbongkar apabila polis berjaya menahan kesemua suspek bersama heroin seberat 19.5 kilogram bernilai RM571,500.

Suspek yang juga pengusaha sukan air di pantai Batu Feringghi berusia antara 19 hingga 45 tahun tersebut diberkas dalam operasi selama tiga hari bermula Ahad lalu di kawasan pantai berkenaan dan Bukit Mertajam.

Hasil soal siasat, polis kemudian telah membongkar sebuah makmal haram di sebuah kondominium berdekatan pantai peranginan tersebut dan menemui beberapa peralatan dan bahan memproses dadah seperti asid hidroklorida, ketuhar gelombang, pengisar, dapur serta alat penimbang.

Difahamkan, kediaman mewah itu disewa dengan harga tinggi sejak awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek diberkas selepas pihaknya melakukan risikan hasil dari maklumat orang awam sejak enam bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: