Bank Rakyat
Bagi menceriakan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Bank Rakyat menawarkan pakej Aslah Ria, khusus untuk kakitangan kerajaan.
Dalam kenyataannya, bank itu berkata, Aslah Ria mula ditawarkan sejak 9 Julai 2012 menawarkan kadar keuntungandi antara 3.30 peratus sehingga 4.08 peratus, iaitu antara yang terendah di pasaran.
Jumlah pembiayaan maksimum adalah sehingga RM200,000 dengan tempoh pembayaran balik selama 20 tahun.
"Permohonan pelanggan akan diproses dengan cepat bagi membolehkan pembiayaan ini dinikmati dengan segera.
Pelanggan juga tidak dibebankan dengan sebarang caj tambahan seperti yuran proses, tempoh pegangan, bayaran penalti sekiranya pembiayaan dijelaskan awal, bayaran komisen ejen dan deposit sekuriti," katanya.
Pembiayaan ini disediakan di 136 cawangan Bank Rakyat seluruh negara. Maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat, tele-Rakyat di talian 1-300- 88-1 BANK (12265).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: