Nuvi 50LM adalah produk terbaru yang berada di pasaran ketika ini dan pada harga yang sangat berpatutan. Pakej standard didatangkan lengkap dengan pemegang dan pelekap cermin serta pengecas dalam kereta dan buku panduan. Pemilik peranti ini tidak perlu bimbang kerana peta paling terkini Malaysia, Singapura dan Brunei sudah tersedia.
Ia memaparkan tanda jalan dan simpang dengan anak panah supaya anda mengambil lorong yang betul.
Dengan kemas kini peta seumur hidup, anda tidak akan lagi dikejutkan dengan laluan atau aliran trafik baru atau terlepas tempat menarik baru.
Walaupun baru menggunakan sistem pengemudi satelit, anda tidak akan menghadapi masalah apabila Nuvi 50LM akan menyapa anda dengan ‘Where To?’ atau ‘View Map.’
Selepas itu, sentuh skrin untuk mencari alamat dengan mudah dan perkhidmatan serta diberikan panduan ke destinasi anda dengan suara, arahan membelok bersama nama jalan.
Nuvi 50LM didatangkan dengan dua versi peta iaitu peta bagi 48 negara termasuk Hawaii dan Puerto Rico atau peta penuh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Dengan pengesan kecemasan “’here Am I?’, pengguna sentiasa tahu di mana lokasi semasa dan tempat menarik berhampiran.
Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03-92858062.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: