SEJAK beroperasi pada Ogos 2010, Doubletree by Hilton terus menjadi pilihan pengembara perniagaan dan pelancong yang mahu menikmati suasana percutian santai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. |
NAMA Hotel Doubletree by Hilton sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum. Terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hotel itu sememangnya strategik bagi pengembara bisnes dan pelancong yang mahu menikmati suasana percutian santai di tengah-tengah kota.
Dibina sebagai sebahagian daripada pusat komersial bertaraf dunia, The Intermark, hotel setinggi 34 tingkat itu menyediakan 540 bilik dan suite pelbagai pilihan kepada pengunjung.
Berpegang kepada prinsip memahami dan memenuhi keperluan pelanggan, hotel itu komited dalam menyediakan pelbagai produk serta perkhidmatan yang komprehensif bertaraf dunia.
Sebagai salah satu daripada jenama hotel mewah dalam rangkaian Hotel Hilton di seluruh dunia, Doubletree by Hilton terkenal dengan signatur biskut cip coklat buatan tangan ketika mengalu-alukan kehadiran tetamu.
Mengetengahkan konsep moden kontemporari dalam rekaan perabot dan hiasan dalamannya, hotel yang memulakan operasinya pada Ogos 2010 itu terus gah mencipta namanya sehingga terpilih sebagai pemenang anugerah Trip Advisor 2012 Travellers Choice untuk 25 hotel mewah dan terkemuka di Malaysia.
Penginapan di hotel itu juga tidak lengkap sekiranya tidak mencuba pelbagai seleksi hidangan bercita rasa tempatan sehinggalah hidangan antarabangsa yang disediakan.
Penggemar hidangan-hidangan popular Melayu, Cina, India, Nyonya, Kristang (Portugis Melaka) dan Iban boleh mencubanya tatkala berkunjung di Makan Kitchen yang terletak di aras 11.

Sementara itu, Tosca pula menawarkan hidangan tradisional Itali dan Mediterranean yang pastinya memukau selera.
Sementara itu, Doubletree by Hilton baru-baru ini turut mengadakan promosi istimewa dikenali sebagai Great Getaway.
Melalui promosi itu, orang ramai berpeluang menikmati diskaun bilik sebanyak 33 peratus sekiranya membuat tempahan bermula pada hari ini sehingga 23 Julai nanti.
Tempahan juga boleh dilakukan dengan melayari www.kl.doubletreebyhilton.com/specials sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal sebelum tarikh penginapan.
Promosi itu bagaimanapun hanya sah bagi mereka yang menginap di hotel itu bermula 20 Mei hingga 30 September tahun ini.
Bagi pemegang program kesetiaan Hilton Honors, mereka berpeluang memperoleh mata dan ganjaran yang ditawarkan.
Maklumat lanjut boleh layari www.doubletree.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: