Nelly Furtado. PENYANYI Nelly Furtado mendedahkan dirinya gemar mencuri gula-gula semasa zaman remaja bersama teman-teman yaNg nakal ketika itu.
Nelly berkata, perbuatan itu dilakukan hampir setiap hari selepas waktu sekolah di kawasan rumahnya di Victoria, British Columbia, Kanada.
"Mendengar lagu “Parking Lot” benar-benar mengingatkan saya mengenai masa lalu iaitu ketika berusia 14 tahun kami sering berkumpul di sebuah kedai untuk mencuri gula-gula.
"Apabila dikenangkan kembali perbuatan itu sangat menyedihkan," ujarnya.
Bagaimanapun kata Nelly, dia tidak pernah terlibat dalam jenayah yang berat semasa zaman remajanya dan hanya berani mencuri gula-gula sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: