Antara pemenang-pemenang yang bertuah.
Suria FM meneruskan misi mengajak rakyat Malaysia berkaraoke dan memenangi hadiah berupa wang tunai. Bekerjasama dengan pasar raya Tesco, hiburan berbentuk kekeluargaan, 'Duetoke Tesco Bersama Suria FM' ini berjaya mendapat tempat di hati masyarakat.
Setelah menjelajah di beberapa lokasi di Utara, seperti Tesco Stargate Alor Setar, Sungai Petani, Tanjung Pinang, Prai dan Sungai Petani, Suria FM kini masih meneruskan penjelajahan mencari pencinta karaoke.
Turut sama memeriahkan pertandingan ini ialah penyampai Suria FM bersama artis kesayangan ramai, Alif Aziz, Klangit, Aweera Mojo, Iqa Mentor, Mira Tilu, Bandi Amuk, Forteen, Shidi Data, Ezad Lazim, kumpulan Slash, Arora Salwa, Shanel, Afee Utopia, Ernie Zamri, kumpulan Ghodong serta ramai lagi.
Setiap juara akan membawa pulang RM1,500, sementara pemenang kedua menerima RM1,000 dan RM500 bagi pemenang ketiga.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, boleh layari www. suriafm.com.my
Lagi 6 lokasi;
Tesco Manjung- 9 Jun
Tesco Rawang - 10 Jun
Tesco Setia Alam - 16 Jun
Tesco Kepong Village Mall - 17 Jun
Tesco Semenyih - 23 Jun
Tesco Rawang - 24 Jun
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: