Sunday, May 13, 2012

UPM Anjur Ekspo Kerjaya 2012

Ekspo Kerjaya 2011 berjaya menarik kira-kira 3,000 pengunjung.

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya 2012 pada 15 Mei ini.

Faktor utama penganjuran eskpo ini adalah bagi memudahkan pelajarnya mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja mereka tamat pengajian.

Bukan itu sahaja, UPM turut menubuhkan Pusat Kerjaya pada 2010 sebagai satu inisiatif untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar. Unit ini diketuai oleh Dr Che An Abdul Ghani.

Beliau turut menganjurkan Eskpo Kerjaya 2011 dan ia telah berjaya menarik kira-kira 3,000 pengunjung serta 60 syarikat menyertainya.

Dr Che An Abdul Ghani

Menurut Dr Che An, karnival ini akan menjadi satu platform kepada industri mengenalpasti graduan UPM yang serba boleh dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

"Kita harap ketika majlis ini berlangsung, syarikat-syarikat yang menyertai karnival ini akan mencari graduan yang berpotensi dengan cara bersua muka berbanding dengan hanya membaca resume mereka dalam portal pekerjaan.

"Dengan bersua muka, pihak majikan dapat membuat keputusan yang rasional tanpa membuat penilaian secara sambil lewa terhadap permohonan yang dikemukakan secara online," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Setakat ini sebanyak 50 syarikat akan turut serta dalam ekspo kali ini. Antaranya adalah, Sapura Kencana, Kumpulan Bursa Saham dan Maybank.

"Kebanyakan syarikat tidak sabar-sabar untuk mencari graduan UPM yang berkebolehan dalam pelbagai bidang. Pihka penganjur juga sedang menjemput lebih ramai syarikat korporat untuk menyertai karnival kali ini.

"Graduan yang menyertai ekspo ini boleh mula bekerja sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan semester akhir, Jun ini," katanya.

Jelasnya, mempunyai graduan pelbagai bidang kerana universiti berkenaan mempunyai 16 fakulti dalam bidang sains dan kemanusiaan.

"Tidak lama lagi UPM akan menjadi ‘universiti pilihan majikan’," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: