Monday, May 21, 2012

Pesan orang tua jadi pendorong


SAHOL HAMID dan isteri, Datin Dr. Hanizah Abdul Hamid memberi ucapan tahniah kepada anak mereka, Nazreen
di UiTM, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seorang anak Felda Soeharto, Kuala Kubu Bahru dekat sini merupakan salah seorang daripada 13 pelajar yang menerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-76 di sini semalam.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam itu, Nurul Hidayah Adriyan Shah, 24, yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.89 berkata, pesanan orang tuanya supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah taraf kehidupan keluarga merupakan pendorong untuknya berjaya dalam pelajaran.

“Selain itu, kegagalan untuk mendapat Anugerah Naib Canselor ketika belajar di peringkat diploma dahulu, saya jadikan sebagai pembakar semangat bagi memastikan anugerah itu dapat digenggam kali ini.

“Masa pengajian diploma dahulu, saya hanya memperoleh CGPA 3.69 dan gagal untuk mendapat anugerah dekan,” katanya ketika ditemui di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: