Saturday, May 19, 2012

Pertandingan Lukisan Mural Promosi Penjagaan Kebersihan Lebih Baik

Sebahagian daripada simbolik pelancaran pertandingan melukis mural, tajaan Antabax.

SEREMBAN: Rangkaian penjagaan peribadi antibakteria yang inovatif dan dipercayai, Antabax meneruskan usahanya untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan kebersihan.

Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Antabax mengadakan program Doktor Muda dan melancarkan pertandingan melukis mural di semua sekolah seluruh negara bagi mempromosikan kesihatan dan kebersihan yang lebih baik.

Program berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini.

Kelab Doktor Muda merupakan satu program ko-kurikulum untuk pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam yang melatih mereka untuk menjadi mentor kepada rakan sebaya mengenai sikap dan amalan kesihatan serta pengetahuan yang positif.

Antabax merupakan penaja utama bagi aktiviti Kelab Doktor Muda pada tahun ini.

Sekolah yang mendapat lukisan mural terbaik akan menerima RM10,000 yang akan dibahagikan kepada para pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, manakala empat sekolah terbaik yang lain akan menerima bekalan produk Antabax selama satu tahun.

Pertandingan melukis mural ini bermula pada Mei dan berakhir pada 15 Oktober 2012.

Bagi sekolah yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh menyertai kelab Doktor Muda dengan melayari www.facebook.com/NewAntabax.

Dalam pada itu, menurut kajian, secara purata, tangan manusia mejadi ‘tuan rumah’ kepada hampir 150 bakteria dengan spesis yang berbeza manakala 80 peratus daripada jangkitan disebarkan melalui tangan yang tidak bersih.

Amalan menjaga kebersihan merupakan satu langkah mudah bagi mengatasi masalah ini dengan mencuci tangan dengan sabun serta menggunakan sanitasi tangan.

Kajian membuktikan bahawa amalan membasuh tangan yang betul boleh mengurangkan risiko cirit-birit sebanyak 20 peratus dan jangkitan saluran pernafasan 24 peratus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: