Tuesday, April 17, 2012

Emma Watson dipenjara?

EMMA Watson memegang skrip untuk penggambaran filem “The Bling Ring.”
EMMA Watson memegang skrip untuk penggambaran filem “The Bling Ring.”

SAMA ada di layar perak atau tidak, Emma Watson memang dikenali sebagai gadis baik.

Jadi, agak terperanjat apabila melihat aktres itu berkeliaran di luar Penjara Lynwood yang terkenal di Los Angeles, semalam.

  • Foto

    CANTIK... Emma yang mengenakan seluar pendek berlari mendapatkan teksi di Los Angeles.

  • Foto

    BERLAKON... Emma menayangkan rambut panjangnya untuk penggambaran “The Bling Ring.”

Tetapi, peminat Emma tidak perlu bimbang. Bintang Harry Potter itu sedang menjalani penggambaran untuk filem terbarunya, “The Bling Ring.”

Dengan rambut palsu panjang berwarna perang dan memakai skirt hitam, gadis berusia 21 tahun itu menjalani penggambaran apabila karektornya Nicky, dimasukkan ke dalam penjara tempat yang sama Lindsay Lohan, Paris Hilton dan Nicole Richie pernah dipenjarakan, setelah didapati bersalah memecah masuk beberapa rumah selebriti.


Filem “The Bling Ring” itu berdasarkan kisah benar mengenai satu kumpulan remaja yang merompak bintang terkenal, termasuk Paris, Orlando Bloom, Megan Fox, Rachel Bilson, Ashley Tisdale dan Lindsay antara Oktober 2008 dan Ogos 2009.


Ironinya, Lindsay juga adalah tahanan di Lynwood, dua tahun lalu, pada masa yang sama Alexis Neiers, seorang daripada anggota kumpulan itu, turut ditahan.

Filem projek Sofia Coppola itu memulakan penggambaran lewat bulan lalu dan dijadualkan akan ditayangkan tahun depan.

Ini kali kedua, kisah kumpulan itu dijadikan filem. Sebelum ini, filem “Lifetime” yang dibintangi oleh Austin Butler dan Jennifer Grey ditayangkan di televisyen, tahun lalu.

Dan nampaknya penggambaran filem itu berjalan lancar seperti yang ditulis oleh Emma di Twitternya minggu lalu: “Penggambaran filem Bling Ring berjalan lancar.
Terima kasih kerana memberi semangat.”

Sehari sebelum itu, Emma yang mengenakan seluar pendek, dilihat bersama seorang rakan mengejar untuk mendapatkan teksi di Robertson Boulevard.

Aktres itu dan rakannya dikatakan baru saja meninggalkan butik Intermix apabila Emma berlari untuk mendapatkan teksi.

Bulan lalu, Emma dikatakan terpaksa menangguhkan untuk memulakan empayar pakaian mesra alam kerana pakaiannya berjenama People Tree tidak berapa laku.

Emma juga pernah berkerja sama dengan pereka fesyen Itali, Alberta Ferrerti, tetapi kini menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pengajiannya di Universiti Oxford.

Sumber yang rapat dengan aktres dan model itu berkata: “Emma sangat kecewa.”

“Walaupun meletakkan harga yang sangat rendah, pakaian jenamanya tidak laku.
Dia terpaksa menangguhkan rancangan untuk bekerjasama lagi dengan Ferretti kerana tidak punya masa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: