Friday, April 27, 2012

Eksplorasi musim bunga Oroton

Beg tangan yang comel untuk majlis petang.

KUALITI, elegan, perincian, memiliki pelbagai fungsi dan kesederhanaan merupakan kunci kata bagi menggambarkan koleksi terkini musim Bunga/ Panas Oroton 2012.

Eksplorasi yang bermula dari bandar-bandar, budaya dan estetik di sekitar Copenhagen, Denmark yang berwarna-warni mengilhamkan warna-warna menarik bagi koleksi ini.

Warna-warna seperti Harvest Orange, Lantern, Rose Pink dan Coral Haze dipadankan dengan Winter Moss, Oxblood dan Tan bagi menjadikan koleksi tersebut unik dan berbeza.

Menurut Pengarah Kreatif Oroton, Ana Maria, inspirasi bagi musim ini mempunyai sentuhan 'rekaan akademik'.

''Kami berbangga kerana dapat menghasilkan rekaan yang memiliki kelainan dan keistimewaan tersendiri.

" Bagi rekaan ini, kami kembali kepada rekaan asas namun menggunakan teknik terkini,'' ujar Ana.

Tas tangan disudahi dengan perincian yang minimalis menggunakan kulit Itali lembut dan logam berkilat.

Sementara gaya beg tote menggunakan kulit berwarna asli dan beg kecil nampak cantik dengan jaringan logam berbentuk piramid.

Saling melengkapi bagi pilihan pelanggan, koleksi ini bukan sahaja menyediakan pilihan bagi wanita malah untuk lelaki juga.

Beg folio, beg dokumen, dompet dan aksesori menggunakan bahan seperti kulit dan suede boleh diperoleh dengan warna Oxblood, Dachshund dan Stone.

Koleksi musim ini turut menyaksikan pelancaran produk terbaru seperti pakaian, kasut dan barangan kemas.

Koleksi Musim Bunga/Panas Oroton 2012 boleh diperoleh di kedai Oroton di Suria KLCC, The Gardens Mall, 1 Utama Shopping Centre dan Johor Premium Outlets bermula bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: