Thursday, March 29, 2012

37 tahun kayuh basikal hantar bekal

  • Foto

    KASIH isteri... Saadiah Abdullah, 76 mengayuh basikal setiap hari sejauh lima kilometer dari rumahnya di Kampung Padang dekat Gerik sejak 1975 untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di mana arwah suaminya pernah bertugas. Gambar kecil Saadiah dilayan oleh anggota polis. - Foto L Manimaran

  • Foto

    SAADIAH mengayuh basikal setiap hari sejak tahun 1975 untuk menghantar bekal makanan ke IPD Gerik di mana arwah suaminya pernah bertugas.

Warga tua teruskan rutin sediakan makanan meskipun suami sudah meninggal 1975

GERIK: Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu, Saadiah Abdullah akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang bertugas di balai itu.Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada 1975, beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan.
Namun, kini makanan berkenaan bukan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: