Tuesday, January 3, 2012

Van hantu kuasai Kuala Lumpur


BEGINILAH keadaan penumpang yang menggunakan khidmat van hantu di sekitar ibu kota baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Siapa sangka di sebalik pelbagai kemudahan perkhidmatan awam yang disediakan di ibu kota masih ada golongan yang menagih perkhidmatan van hantu untuk ke tempat kerja.

Tanpa menghiraukan keselamatan diri, perkhidmatan van tanpa permit itu menjadi semakin popular kerana tambangnya murah dan mudah.

Tinjauan Kosmo! di kawasan seperti KL Sentral, Masjid Jamek, Jalan Dungun, Bukit Damansara dan Pusat Bandar Damansara di sini mendapati, lokasi-lokasi itu telah dilabel sebagai tempat berkumpul pemilik van hantu.

Ironinya, kenapa mereka wujud? Adakah kerana permintaan atau kelemahan sistem pengangkutan awam?

Seorang kakitangan kerajaan di Jalan Dungun di sini yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, kewujudan van tersebut sudah menjangkau tempoh lima tahun.

Katanya, dengan tambang semurah RM1.60, penumpang boleh memilih sama ada hendak ke KL Sentral ataupun Masjid Jamek.

“Di sini, tidak ada perkhidmatan bas secara terus ke KL Sentral ataupun Masjid Jamek. Tambang teksi untuk ke sana kira-kira RM10,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Ahmad, cara paling mudah ialah mendapatkan khidmat van hantu kerana ia cepat dan murah.

1 comment:

  1. mereka sangat membantu.. walaupun ramai pihak menunding jari kepada Van2 ni.. bukan semua org akan membayar bila menaiki van tersebut.. namun disebabkan belas kasihan mereka.. mereka tak pernah rasa rugi.. mereka sangat bersimpati dgn perkerja di sekitar damansara.. lagi pun sangat bahaya jika menaiki bus dibanding menggunakan van tersebut.. majoriti pkerja di damansara ada golongan wanita.. harap sangat pihak2 tertentu tidak meremehkan mereka...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: